Vardy, Leicester ‘berpisah’ lepas 13 tahun

LONDON – Kapten Leicester City, Jamie Vardy akan meninggalkan bekas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hujung musim ini, umum kelab yang turun divisyen itu semalam.

Penyerang hebat itu – anggota pasukan yang menjulang kejuaraan liga Inggeris pada tahun 2016 – dianggap oleh kelab itu sebagai ‘pemain paling hebat pernah kami miliki’.

Bekas pemain antarabangsa England berusia 38 tahun itu menyertai The Foxes pada 2012 dari pasukan bukan liga Fleetwood Town dengan harga £1 juta (RM5.8 juta) dan menjaringkan 198 gol dalam hampir 500 penampilan.

Dia adalah penjaring gol terbanyak kelab itu dalam EPL dengan 143 gol.

Vardy meledak 24 gol pada kempen EPL 2015-16, membantu The Foxes bagi kejuaraan sulung mereka di liga utama bagi satu daripada kejutan terbesar dalam sejarah bola sepak.

Penyerang itu juga sebahagian daripada skuad Leicester yang menjuarai Piala FA pada 2021, menewaskan Chelsea 1-0 di Wembley.

“Kami boleh mengesahkan penyerang legenda Jamie Vardy akan meninggalkan Leicester City pada musim panas ini selepas 13 musim yang menyaksikannya muncul pemain paling hebat pernah kami miliki,” menurut kelab itu dalam satu kenyataan.

Vardy berkata dia berasa ‘hancur luluh’ untuk meninggalkan The Foxes tetapi masanya tepat.

“Kepada peminat Leicester, saya kecewa kerana hari ini akan tiba, tetapi saya tahu ia akan tiba juga akhirnya,” katanya dalam video disiarkan Leicester di media sosial.

Related Posts

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

KERAJAAN Pahang melalui Majlis Sukan Pahang memperuntukkan perbelanjaan RM12 juta bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor 2026. “Peruntukan ini membabitkan pembangunan atlet, latihan pusat, program pelapis, kejurulatihan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Salah sah sertai Trabzonspor

TRABZONSPOR mengesahkan telah menandatangani bintang Mesir, Mohamed Salah menerusi perjanjian yang menjamin bayaran sebanyak €17 juta (AS$19.6 juta) semusim, lapor Anadolu Ajansi. Anak syarikat bola sepak Trabzonspor yang merupakan syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis

33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen