MCA tidak pandang rendah PN, yakin BN pertahan Ayer Kuning

TAPAH – MCA tidak memandang rendah keupayaan calon parti lawan bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mengakui tidak akan memandang rendah usaha Perikatan Nasional (PN) walaupun meyakini bahawa kubu Barisan Nasional (BN) masih kukuh di kawasan terbabit.

Menurutnya, jentera MCA tetap komited turun padang bagi membantu calon mengukuhkan sokongan pengundi, khususnya di kawasan majoriti penduduk Cina.

“Kita tidak boleh pandang ringan kerana setiap undi adalah penting. Jadi kita mesti bekerja keras. MCA ambil tanggungjawab ini untuk pastikan kemenangan calon.

“Paling penting kita mahu pengundi ini faham dan tahu apabila mereka keluar mengundi, undi itu untuk calon kita,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kempen rumah ke rumah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Getah, Tapah Road, pada Rabu.

Hadir sama, Calon BN PRK DUN Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tanjung Piai itu berkata, pendekatan secara bersemuka sangat berkesan dalam usaha meyakinkan pengundi terhadap kepimpinan calon.

Beliau berpandangan ramai pengundi masih memerlukan ‘sentuhan’ ataupun pendekatan kempen menerusi kaedah tersebut yang lebih dirasai pengundi selain didapati lebih mudah dan mesra dengan masyarakat setempat.

“Pagi tadi kami ke Coldstream (Kampung Baharu) dan menerima sokongan yang positif.

“Petang ini di sini (Kampung Baharu Pekan Getah) saya lihat penduduk begitu mesra. Bukan sahaja menerima kehadiran kita tetapi mereka menyatakan sokongan kepada calon kita,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Februari lepas akibat serangan jantung.

Related Posts

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

KERJASAMA politik antara parti di Malaysia wajar diberikan lebih fleksibiliti selepas pilihan raya bagi membolehkan pembentukan kerajaan dibuat berdasarkan keputusan mandat rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama