JAKIM lapor MCMC komen jelik ketika pengebumian Tun Abdullah

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung tindakan seorang individu memuat naik komen tidak bertanggungjawab di laman Facebook Astro Awani ketika Istiadat Pengebumian Negara Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, laporan itu dibuat supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang.

“Kerajaan melalui JAKIM memandang serius tindakan seorang individu memuat naik komen tidak bertanggungjawab di laman Facebook Astro Awani bertarikh 15 April 2025, berkaitan majlis penghormatan terakhir Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Komen itu jelas memperlekehkan serta mempermainkan ajaran Islam, khususnya pada saat penuh hiba dan penghormatan terhadap pemergian seorang tokoh negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

“Sikap sebegini amat tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati perasaan masyarakat Islam khususnya pihak keluarga Allahyarham” katanya dalam kenyataan.

Sirajuddin berkata komen berunsur penghinaan bukan sahaja boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat Islam, malah berpotensi menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum.

Justeru, beliau menggesa semua pihak menghentikan sebarang bentuk hantaran atau komen yang boleh mencetuskan provokasi, kemarahan dan menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP