Tarif: Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa berikutan sentimen pasaran kekal berhati-hati ketika ketidaktentuan yang berterusan pada dasar tarif import Amerika Syarikat.

Rumah Putih dilaporkan merancang levi baharu ke atas semikonduktor dan farmaseutikal.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4085/4215 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada 4.4100/4160.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, situasi tarif dalam dan luar telah menyebabkan kesukaran dalam menilai kesan makroekonomi.

Mohd Afzanizam berkata, Indeks Dolar AS (DXY) telah turun kepada 99.640 mata, mencerminkan peralihan dalam sentimen pelabur dengan pasaran mencari tempat selamat alternatif.

“Harga emas kekal tinggi, dengan emas spot pada AS$3,227.40 per auns – naik 23 peratus daripada AS$2,624.50 pada awal tahun menunjukkan pelabur beralih kepada logam berharga di tengah-tengah ketidaktentuan yang meningkat,” katanya kepada Bernama

Memandangkan DXY yang lebih lemah, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit akan berada pada paras antara RM4.40 dan RM4.41 hari ini.

Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0773/0868 daripada 3.0811/0855, mengukuh berbanding euro kepada 4.9975/5.0122 daripada 5.0199/0267 dan lebih tinggi sedikit berbanding pound British kepada 5.8073/8244 daripada 5.8744 daripada 5.81844

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1182/1745 daripada 13.1481/1754 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3494/3595 daripada 3.3506/3556.

Mata wang tempatan sedikit berubah berbanding rupiah Indonesia pada 262.5/263.5 daripada 262.6/263.2 dan kekal stabil berbanding peso Filipina pada 7.72/7.75 daripada 7.72/7.74.

Related Posts

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu berkembang daripada perusahaan berpotensi kepada juara nasional sebelum muncul sebagai peneraju di peringkat serantau bagi memperkukuh daya saing ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Persidangan FEBS 2026 bincang potensi AI pacu kelestarian ekonomi Borneo

Persidangan FEBS 2026 bincang potensi AI pacu kelestarian ekonomi Borneo

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu