Kelantan terima peruntukan RM3.19 bilion tahun ini

SEBANYAK RM3.19 bilion peruntukan pembangunan disalurkan Kerajaan Pusat untuk Kelantan tahun ini, menyaksikan peningkatan berbanding tahun 2022 berjumlah RM1.55 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan berganda itu sekali gus mencerminkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan.

“Peruntukan besar membabitkan 471 projek itu meliputi pelbagai projek infrastruktur utama dan bantuan kepada rakyat di negeri berkenaan.

“Lebih RM1 bilion digunakan untuk pembinaan jalan termasuk meneruskan projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), RM500 juta untuk projek air seperti Loji Rawatan Air Machang, RM100 juta untuk program Rumah Mesra Rakyat dan bantuan rumah.

“Manakala RM50 juta untuk program pekebun kecil di bawah Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA),” katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, Bachok, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, peningkatan itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan negeri tidak dipinggirkan walaupun berada di bawah pentadbiran parti berbeza.

“Bukan hanya Kelantan, sebaliknya Terengganu, Kedah dan Perlis turut menyaksikan kenaikan berganda membabitkan peruntukan pembangunan,” katanya.

Related Posts

Kerajaan lancar dashboard pantau krisis bekalan global

KUALA LUMPUR – Kerajaan melancarkan papan pemuka atau dashboard pemantauan krisis bekalan global sebagai pusat rujukan bersepadu bagi menjejak perkembangan semasa ekonomi serta rantaian bekalan dunia secara lebih sistematik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta baharu MARA perketat kuasa pengerusi, perkukuh integriti pengurusan

KUALA LUMPUR – Cadangan pindaan menyeluruh terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 bakal memperkenalkan sistem tadbir urus lebih ketat termasuk mengehadkan kuasa pengerusi dan Ahli Majlis bagi mengelakkan penyalahgunaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat