DBKK cadang perluas kempen ‘No Plastic Bag’, akan bincang dengan peniaga

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mencadangkan untuk memperluaskan pelaksanaan kempen ‘No Plastic Bag’ ke kawasan pasar dan kedai makan sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan penggunaan bahan plastik sekali guna.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Sri Dr. Sabin Samitah berkata, cadangan ini masih berada di peringkat perancangan dan DBKK akan mendapatkan maklum balas daripada para peniaga terlebih dahulu.

“Kita ada cadangan, tetapi kita perlu dapatkan maklum balas daripada para peniaga, terutamanya yang menggunakan bahan plastik untuk membungkus barangan makanan. Oleh itu, kami sedang menjalankan kajian dan ‘engagement’ dengan mereka,” ujarnya.

Beliau menerangkan, bagi restoran yang menggunakan pembungkus polistrin, perbincangan lanjut akan dijalankan untuk mencari alternatif bahan yang sesuai. 

“Ini mungkin akan diteruskan pada masa hadapan selepas kami selesai berunding dengan pihak-pihak terlibat,” tambahnya.

Apabila ditanya tentang rancangan untuk meluaskan kempen ini kepada peniaga pasar dan kedai makan, beliau menjelaskan tempoh pelaksanaan bergantung kepada hasil perbincangan serta persetujuan bersama antara DBKK dan para peniaga. 

“Kita cuba memastikan agar sebelum akhir tahun ini, kalau ada persetujuan antara kedua-dua pihak, kempen ini dapat dilaksanakan,” katanya.

Related Posts

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

MUKAH – Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki mencuri sebuah motosikal menerusi satu serbuan di rumah pekerja ladang kelapa sawit Ulu Penipah pada malam Ahad. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

KUANTAN – Dua wanita yang bekerja di dua taska berasingan di Mentakab dan Kuantan direman selama enam hari, bermula hari ini hingga 12 September depan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU