SKM Johor cadang kakitangan sertai sumbangan infaq

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Johor berhasrat menyebarkanluaskan peranannya sebagai sebuah jabatan yang berusaha membela dan membantu kebajikan masyarakat dengan lebih efisien.

Pengarahnya, Mahzan Noordin berkata, tidak hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai termasuk zakat dan wakaf, namun anggota SKM Johor sendiri boleh turut sama menyumbang kepada jabatan berkenaan.

Ujar beliau, pihaknya berhasrat untuk mengusulkan cadangan agar kakitangan SKM menyalurkan bantuan melalui infaq daripada pemotongan gaji.

“Seperti di negeri lain ada yang dah mulakan. Jumlahnya tak banyak, setiap seorang kita cadang untuk mereka infaq RM10 mungkin dalam tempoh sekali sahaja bergantung kepada keadaan.

“Untuk makluman, anggota SKM Johor mempunyai seramai 483,000 anggota, jika setiap seorang menyumbang RM10, kita boleh raih sehingga RM4.83juta.

“Sumbangan ini boleh dimanfaatkan kepada lebih pengguna yang memerlukan sama ada kumpulan anak yatim, keluarga asnaf, mereka yang perlu menjalani rawatan dengan modal tinggi. Ia pastinya memberikan lebih makna kepada penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Gerakan Koperasi Negeri Johor dan Media di Dewan Perdana FELCRA Berhad Wilayah Johor di Bandar Baru Uda, di sini, malam tadi.

Menurut Mahzan, meskipun perkara itu belum diputuskan, namun beliau tidak menolak untuk mengusulkan cadangan berkenaan ke peringkat tertinggi.

Terdahulu dalam program sama, pihaknya telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui sumbangan bernilai RM6,000 kepada tiga buah pertubuhan kebajikan dan tahfiz.

Menurut Mahzan, Madrasah Tahfiz Huda Al-Islam, Raudhatul Maryam dan Pertubuhan Kebajikan Shafar, di sini, terpilih menerima sumbangan berjumlah RM2,000 setiap satu bagi tujuan membantu menceriakan bulan Ramadan dan Aidilfitri kepada penghuni cilik berkenaan.

“Malah, dalam majlis hari ini, ia bukan sekadar satu perjumpaan, tetapi juga menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara pihak yang berkepentingan dan gerakan koperasi Negeri Johor serta pihak media.

“Lebih bermakna, kita turut meraikan anak-anak yatim dari rumah kebajikan di Johor. Kehadiran mereka menambah seri majlis, mencerminkan keprihatinan Kerajaan dalam memastikan kebajikan golongan memerlukan sentiasa terbela,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah turut berkesempatan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Negeri Johor selaku beliau sebagai pengerusinya.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat