MTUN pacu latihan TVET, RM1 juta diperuntuk kepada UNIMAP

ARAU – Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) terus memperkukuh peranan dalam melahirkan tenaga kerja mahir menerusi latihan TVET sebagai pusat latihan utama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Drm Ahmad Zahid Hamid berkata, kerajaan komited memastikan institusi di bawah MTUN memainkan peranan penting dalam menyediakan pekerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan industri, khususnya dalam sektor tenaga dan kecerdasan buatan (AI).

“Negara masih memerlukan 60,000 jurutera dalam pelbagai bidang dan MTUN telah menyelaraskan usaha bagi memastikan tenaga profesional ini dapat dilahirkan melalui program kejuruteraan dan latihan berstruktur.

“Majlis TVET Negara (MTVET) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menyokong program latihan yang dilaksanakan oleh UNIMAP dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir.

“Sebanyak RM200,000 digunakan untuk mengendalikan kursus berkaitan tenaga, manakala RM800,000 lagi diperuntukkan untuk pembelian perkakasan dan peralatan latihan,” katanya semasa sidang akhbar di kampus utama UNIMAP di sini hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa UNIMAP sebagai pusat latihan TVET bukan sahaja melahirkan graduan berkualiti tetapi juga memberi latihan tambahan kepada pekerja mahir dan profesional sedia ada dalam industri.

“Latihan ‘upskilling’ yang ditawarkan UNIMAP membolehkan pekerja dan graduan memperoleh sijil kemahiran tambahan, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam industri,” katanya.

Ahmad Zahid turut menekankan kepentingan penyediaan pelajar dari peringkat sekolah lagi sebagai bekalan tenaga kerja bidang berteknologi tinggi pada masa depan.

Menurutnya, beliau melihat keperluan menetapkan 70 peratus daripada mata pelajaran di sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains MARA serta Sekolah Menengah Kebangsaan Agama berasrama perlu tertumpu kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik pada tahun ini.

“Langkah ini bagi memastikan pelajar lepasan sekolah yang mempunyai kelulusan baik dalam STEM dapat terus disalurkan ke universiti MTUN sebagai feeder utama dalam pembentukan tenaga kerja kejuruteraan negara,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, pelaksanaan program TVET ini memberi impak positif kepada graduan dan industri dengan membekalkan tenaga kerja yang lebih kompetitif.

“Seperti yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri, daripada 98.8 peratus kadar kebolehpasaran graduan UNIMAP, sebanyak 75 peratus telah bekerja dalam bidang pengajian mereka,” katanya.

“Peruntukan yang diterima akan digunakan untuk menambah baik fasiliti latihan serta memperluas program TVET bagi memberi lebih banyak peluang kepada pelajar dan pekerja industri,” jelasnya.

Menurutnya, dengan sokongan kerajaan dan sektor swasta, MTUN mampu menjadi pemacu utama dalam melahirkan tenaga kerja berkualiti tinggi bagi sektor tenaga, AI, dan semikonduktor.

“Dengan ekosistem yang semakin berkembang, latihan TVET di UNIMAP dan MTUN bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tetapi juga industri, memastikan Malaysia terus bersaing di peringkat global,” jelasnya lagi.

Related Posts

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mempertikaikan kuasa dan autoriti Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu dalam memberikan pengampunan, termasuk berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

SEREMBAN – Tiada sebarang unsur paksaan terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim untuk menandatangani dokumen proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 3 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah