‘Ini bukan pancing undi, ini inisiatif kerajaan’ – Hajiji

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa pengumuman pelbagai projek pembangunan bukan untuk ‘pancing undi’ bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) pada tahun ini.

Menurutnya, ia adalah inisiatif kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu di negeri ini.

“Ini bukan pancing undi, ini inisiatif kerajaan. Pemimpin pembangkang, macam-macam saja dia buat. Tiada lagi fikiran mereka, itu saja (membangkang).

“Jadi apa yang mereka suruh kerajaan buat? Umum projek untuk dilaksana, marah. Tidak umum, marah.

“Jadi kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan program-program ataupun projek-projek pembangunan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pelancaran Sumbangaan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA), di Dewan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, di sini, pada Khamis.

Hajiji berkata, melaksanakan projek pembangunan sudah menjadi tugas kerajaan bagi menyelesaikan isu-isu yang berlaku di Sabah.

“Jadi kita umum atau tidak, janganlah iri hati. Itu tugas kerajaan, kita menyelesaikan banyak isu di Sabah.

“Sekarang masalah air yang disebut banyak kali, elektrik dan lain-lain.

“Tugas kita untuk mencari jalan menyelesaikan masalah, jadi di mana tempat, kita umumlah kalau kita ingat.

“Bukan cakap kosong, yang cakap kosong itu mereka, mereka tidak boleh buat apa-apa,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang giat membuat pengumuman projek pembangunan menjelang PRN yang hanya sekadar taktik meraih undi.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014