King Sing sumbang 3,000 beg sekolah untuk pelajar terjejas akibat banjir

BINTULU – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing memberi sumbangan 3,000 beg sekolah kepada pelajar yang terjejas akibat banjir di Bintulu, Tatau dan Sebauh.

Difahamkan sumbangan tersebut disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri, Steven Kong Kai Seng kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu merangkap Residen Bahagian Bintulu, Datu Nyurak Keti dalam majlis simbolik penyerahan sumbangan di Pejabat Residen Bintulu pada Khamis.

Steven berkata, sumbangan tersebut mencerminkan komitmen King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu dalam memastikan pelajar terjejas akibat banjir tidak ketinggalan dalam Pelajaran mereka.

“Beliau (King Sing) sangat prihatin dengan kebajikan pelajar yang terjejas dan berharap dapat meringankan beban mereka,” ujar Steven. 

Sementara itu, 2,000 beg sekolah diserahkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu untuk diagihkan kepada pelajar yang terkesan akibat banjir dari 29 sekolah rendah dan menengah.

Manakala, 1,000 beg lagi telah diberikan kepada PPD Tatau-Sebauh untuk pelajar dari 22 sekolah di Tatau dan Sebauh.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014