Kes Harith Iskander & Cecelia Yap, KK Mart dan ERA FM berbeza – Fahmi

PUTRAJAYA – Dakwaan bahawa hukuman berat sebelah yang dikenakan ke atas pengendali stesen radio ERA FM, Maestra Broadcast Sdn. Bhd berbanding kes yang menghina agama Islam adalah fitnah yang berniat jahat dan lari daripada realiti.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, masih ada sesetengah pihak yang cuba memutarbelitkan fakta berkenaan pengenaan kompaun yang telah diizin oleh Timbalan Pendakwa Raya keatas ketiga-tiga kes tersebut sedangkan ia adalah tiga kes berbeza yang disiasat mengikut dua akta berbeza atau ‘the specifics of the case’.

Jelasnya, sebelum pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia berkuatkuasa pada 11 Februari yang mana sebelum tarikh itu, kesalahan boleh dikenakan denda di mahkamah sehingga RM50,000 manakala selepas tarikh itu, denda itu telah dinaikkan ke RM500,000.

“Isu berkait syarikat KK Mart, siasatan telah dilakukan di bawah Kanun Keseksaan dan denda sebanyak RM60,000 telah dikenakan melalui keputusan mahkamah manakala bagi kes individu yang didakwa menghina Islam agama Islam Iaitu Harith Iskander dan Cecilia Yap Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia telah diguna pakai.

“Yang mana mereka adalah individu bukan syarikat, maka Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 dan kes ini tidak dibawa ke mahkamah tapi telah diputuskan, diizinkan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk mengenakan kompaun.

“Dalam kes Maestra Broadcast Sdn. Bhd. siasatan telah dilakukan bahawa Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap syarikat pemegang lesen yang didapati bertanggungjawab dan memandangkan dia adalah syarikat yang merupakan anak syarikat kepada Astro, maka keputusan Timbalan Pendakwa Raya telah mengizinkan agar kompaun maksimum dikenakan Iaitu RM250,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan bersama Jurucakap Kerajaan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata,terdapat perbezaan di antara denda dengan kompaun di mana denda dikenakan setelah setelah disabit kesalahan di mahkamah manakala kompaun pula diselesaikan tanpa perlu ke mahkamah.

“Tapi selepas 11 Februari denda maksimum yang boleh dikenakan jika disabit kesalahan di mahkamah adalah RM500,000 untuk seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, maka kompaun maksimum yang boleh diberikan adalah separuh daripada denda maksimum itu,” katanya.

Tegasnya, kompaun yang dikenakan keatas setiap kesalahan itu dikeluarkan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya dan bukannya diputuskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Kita (MCMC) hanya boleh mengeluarkan kompaun dan sama ada dipersetujui oleh pihak Jabatan Peguam Negara ataupun tidak, itu tertakluk.

“Tapi sudah pasti saya percaya pihak Jabatan Peguam Negara khususnya Timbalan Perdakwa Raya akan menitikberatkan beberapa aspek antara lain kesan daripada kesalahan yang telah dilakukan dan sama ada ia adalah bersifat pengajaran dan sebagainya,” katanya.

Related Posts

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Malaysia melangkah satu tapak lagi ke hadapan menerusi peluncuran rasmi AI Malaysia, lonjakan penting ke arah aspirasi Negara AI menjelang 2030. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

RAMAI sebelum ini menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan perubahan yang mencukupi, sedangkan Perdana Menteri berdepan pelbagai cabaran termasuk sokongan politik yang tidak kukuh, kerajaan gabungan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor