Harga RON97 turun 10 sen, diesel tujuh sen

HARGA runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM3.28 seliter, manakala diesel di Semenanjung turun tujuh sen kepada RM3.06 seliter bagi tempoh 13 hingga 19 Mac ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter, sementara harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

MOF menjelaskan penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

Related Posts

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini sebagai menghargai pengorbanan serta jasa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertahankan kedaulatan negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NGO serah memorandum bantah desakan Ahli Kongres AS, tegas Malaysia berhak tentukan dasar sendiri

KUALA LUMPUR – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur bagi membantah tindakan lapan Ahli Kongres AS yang menggesa Washington memberi tekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman