PRK Ayer Kuning: Veteran UMNO atur gerak awal pastikan ‘orang lama’ kekal undi BN

BARISAN Nasional (BN) akan memastikan pengundi veteran serta ahli keluarga mereka mengundi calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Ayer Kuning.

Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakob berkata, bertemakan slogan ‘Keluargaku Pengundi BN”, pihaknya telah mengatur gerak kerja bagi memastikan seramai 6,561 pengundi veteran di Dewan Undangan Negeri (DUN) terus memberikan sokongan kepada calon BN sekali gus membantu Kerajaan Perpaduan mempertahankan DUN Ayer Kuning.

Justeru, beliau berkata, sebanyak 40 program sembang santai dan berjumpa pengundi akan diatur di semua 20 pusat daerah mengundi (PDM) yang merangkumi 65 cawangan UMNO dalam DUN Ayer Kuning sepanjang PRK tersebut kelak.

“Berdasarkan rekod yang lepas, kita yakin calon UMNO/BN mampu menang selesa, malah mampu mengulangi kemenangan pada PRK DUN Nenggiri dan Mahkota.

“Dengan kerjasama dan bantuan Pakatan Harapan (PH) yang mendapat undi lebih 6,000 dalam PRU yang lalu, maka UMNO/BN mampu meraih majorti lebih besar pada PRK Ayer Kuning kali ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mustapha berharap tidak timbul isu atau masalah dalam pemilihan calon PRK Ayer Kuning oleh pucuk pimpinan dan mendapat sokongan penuh Bahagian, Cawangan dan ahli-ahli UMNO di kawasan tersebut.

Tegasnya, walaupun yakin menang selesa, namun soal pemilihan calon tetap penting dan mesti mewakili keseluruhan pengundi Ayer Kuning berbanding hanya popular dalam kalangan ahli UMNO semata-mata.

Mustapha turut menggesa jentera Kerajaan Perpaduan turun padang bersama-sama mengembeleng tenaga dengan turun padang bagi membantu gerak kerja kempen khususnya dalam memastikan 6,747 pengundi Cina dan 4,609 pengundi India padu menyokong calon BN.

“Selain itu, pemimpin masyarakat Orang Asli juga mesti turun padang bagi meraih kepercayaan dan sokongan seramai 2,156 pengundi masyarakat itu dalam DUN Ayer Kuning,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Ayer Kuning diadakan pada 12 April ini dengan pengundian awal pada 22 April, manakala hari pengundian pada 26 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, Ketua UMNO Bahagian Tapah yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat