Pemilihan Pas akan datang, Samsuri bakal tersingkir?

KEHANGATAN pemilihan Pas semakin dirasakan di bulan Ramadan ini walaupun pemilihan Pas berlangsung September ini.

Semakin kedengaran pergolakan dalaman Pas Terengganu di mana cakap-cakap kedai kopi menyatakan satu gerakan tersusun sedang dilakukan untuk menyingkirkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pemilihan kali ini.

Umum mengetahui Menteri Besar Terengganu itu walaupun menang jawatan naib presiden tetapi beliau langsung tidak mempunyai jawatan di peringkat akar umbi baik di Marang atau di Kemaman.

Pas Marang sudah pasti akan mempertahankan ‘Ayoh Chik Rusiler’ sebagai Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan Marang manakala kedudukan Ustaz Che Alias sebagai YDP Pas Kemaman dilihat semakin kukuh lebih-lebih lagi beliau baru dilantik senator Dewan Negara.

Persoalannya di mana Samsuri ingin bertanding dan mengumpul kekuatan akar umbi?

Pas Terengganu secara tradisinya tidak akan mudah-mudah memberikan jawatan kepada individu yang tidak mempunyai pengaruh di akar umbi.

Samsuri sendiri sudah hampir tujuh tahun menjadi Menteri Besar Terengganu, namun begitu yang menghairankan tidak terdapat tanda-tanda beliau mempunyai pengaruh dan sokongan akar umbi di mana-mana Pas kawasan di Terengganu.

YDP Pas kawasan di Terengganu dilihat semakin mengukuhkan kedudukan mereka dan pasukan mereka di kawasan masing-masing dan kelihatan laluan untuk Samsuri untuk berada di akar umbi kelihatan sukar.

Beliau menang sebagai naib presiden itupun daripada undi perwakilan Pas di luar Terengganu.

Persoalan yang seterusnya timbul adakah Pas sebenarnya hanya menunggang Samsuri yang bukan dari kem ulama untuk dicalonkan dan menang dalam Pilhan Raya Umum ke-14 (PRU14) dahulu?

Orang Terengganu sebenarnya tidak menyukai imej Pas yang dilihat hanya sebagai lebai kampung dan juga dilihat tidak mempunyai imej profesional yang menyakinkan untuk dilantik sebagai wakil rakyat.

Justeru, Pas Terengganu memperalat dan mengkosmetikkan Samsuri hanya untuk mengalihkan sekejap imej lebai kampung mereka untuk meraih undi memenangi pru?

Setelah Pas mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, Samsuri bakal ditendang kerana objektif kem ulama telah tercapai untuk mendapatkan kuasa melalui imej Samsuri yang berlebihan ditonjolkan sebagai bakal PM11.

Jika itu berlaku, “memang sek orang Teranung bahang kene lebong atah darat kering je di sek Pas, kabo Pas profesional tapi sek lebai tibang Samsuri gok lepas menang,” bak kata orang Terengganu.

Related Posts

Kembalikan Ahli Parlimen kepada fungsi sebenar

Oleh: Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ULASAN | Pandangan saya mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen yang tular sekarang. Bagi saya satu perkara yang wajar dikritik dalam sistem politik kita ialah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

PELANTIKAN seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), Puan Ong Ling Loong, sebagai Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya diraikan sebagai satu perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Empat cedera kemalangan bas, treler

Empat cedera kemalangan bas, treler