PETROS cadang kerjasama dengan Petronas

KUCHING – Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) telah mengemukakan surat cadangan untuk berbincang dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ini termasuk mengenai potensi dan kerjasama yang boleh diterokai oleh kedua-dua syarikat industri gas dan minyak tersebut.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, sekiranya tiada kata putus, maka rundingan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkenaan isu terbabit akan diadakan.

“Pihak PETROS sudah pun mengemukakan surat cadangan pada minggu ini berkaitan haluan dan kerjasama pada masa akan datang,” jelas beliau.

Tambah beliau, cadangan kerjasama itu masih menunggu respons daripada pihak Petronas dan diharap dapat mencapai persetujuan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Kompleks Sukan Satok pada Sabtu.

Sementara itu, rundingan tersebut termasuk langkah untuk kedua-dua syarikat tersebut dalam menterjemahkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958. 

Related Posts

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

MIRI – Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima manfaat menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Mata Pelajar Secara Percuma bagi mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal. Inisiatif tersebut bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

MIRI – Penganjuran Majlis Makan Malam Ngiling Bidai Gawai 2026 Daerah Subis menjadi platform strategik menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi