Polis terima 261 laporan terkait isu hina agama Islam, Hindu

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 261 laporan berhubung isu penghinaan agama Islam dan Hindu di seluruh negara, setakat hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia membabitkan 150 laporan terhadap seorang pendakwah, kes penyampai radio (73 laporan) dan 38 laporan terhadap dua individu disyaki menghina agama Islam serta mengeluarkan kata-kata lucah melampau menerusi dua video berasingan.

Beliau berkata, terbaharu pihaknya menerima laporan daripada seorang individu berusia 48 tahun di Iskandar Puteri, Johor berhubung kenyataan seorang pendakwah di laman sosial yang disyaki menghina agama Hindu.

Jelasnya, pengadu mendakwa pendakwah itu mengeluarkan kenyataan dengan memberikan perbezaan kejadian petugas radio ERA FM milik Astro dan insiden kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang berlaku di Kuil Seafield, Selangor pada November 2018.

“Kes ini kita siasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan merakam keterangan individu (pendakwah) terbabit.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, kertas siasatam membabitkan tiga penyampai radio ERA FM masih dalam kajian AGC selepas diserahkan pada Khamis lalu.

Selain itu, Razarudin berkata, pihaknya masih belum mendapatkan maklumat pemprofilan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung seorang individu yang dipercayai berada di luar negara menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

“Kita percaya individu ini berada di Melbourne, Australia dan semakan rekod pergerakan keluar dan masuknya masih belum diperoleh daripada pihak Imigresen,” katanya.

Related Posts

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
1,859 peserta sertai perarakan komponen ekonomi sempena Hari Kebangsaan 2026

KUALA LUMPUR – Seramai 1,859 peserta daripada 43 kontinjen Komponen Ekonomi akan menyertai Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026, yang mencerminkan kekuatan, kepelbagaian dan kesepaduan sektor ekonomi negara. Ketua Setiausaha Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini