Elak sentuh isu sensitif, saling hormat-menghormati asas perpaduan negara – Fadillah Yusof

KUCHING – “Saya menyeru tanpa mengira latar belakang agama, budaya, kepercayaan mahupun etnik, elakkan menyentuh isu yang sensitif,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata ini termasuk menyentuh isu kepercayaan ataupun amalan budaya yang lain.

“Kalau boleh, cuba elakkan kerana asas kekuatan negara kita apabila kita dapat hidup secara harmoni bersama,” kata beliau.

Tambah beliau, kita juga perlu menghomati apa-apa sahaja kepercayaan mereka dan pada masa yang sama mereka juga perlu menghormati diri kita.

“Hormat-menghormati menjadi asas kepada kekuatan negara kita,” ujar beliau ketika ditemui media selepas Majlis Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Kompleks Sukan Satok pada Sabtu.

Sementara itu, Fadillah ketika diminta mengulas isu berkaitan tiga penyampai radio ERA FM, beliau hanya menyerahkan isu tersebut kepada pihak polis.

“Selain itu, saya meminta semua pihak cuba elakkan sentuh isu sensitif. Bayangkan kalau berlaku salah faham sehingga menimbulkan suasana yang kita tidak mahukan,” ujar beliau.

Beliau berharap masyarakat di negara ini agar terus berganding bahu membina negara yang lebih maju, makmur serta hidup dalam keadaan aman dan harmoni. 

Related Posts

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

KUALA LUMPUR – Trend peningkatan berterusan pendaftaran murid Melayu jelas dengan pendaftaran 41,133 murid Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara sehingga 31 Mei lalu.   Menteri Pendidikan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, semua pengeluaran tunai antara bank menerusi mesin juruwang automatik (ATM) dan Mesin Smart Recycler (SRM) di seluruh negara tidak lagi dikenakan caj RM1 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma