DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dua wanita terpenting dalam hidupnya adalah ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein dan isteri tercinta, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perdana Menteri menyifatkan mereka adalah tulang belakang dan sumber kekuatannya dalam menuntut keadilan serta meneruskan perjuangan demi rakyat.
“Hari ini, kita meraikan keberanian, pengorbanan dan peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat lebih adil dan sejahtera.
“Semoga kita terus memperjuangkan hak dan martabat wanita, memastikan mereka diberi ruang dan peluang yang saksama dalam semua aspek kehidupan.
“Selamat Hari Wanita,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook.
Menerusi ucapannya itu, Perdana Menteri turut memaparkan gambar kenangannya bersama arwah Che Yan dan Wan Azizah.







