Tuduhan Ismail Sabri disiasat sebab kritik kerajaan tak berasas, tiada bukti siasatan bersifat ‘dua darjat’

PUTRAJAYA – Tuduhan wujudnya siasatan bersifat ‘dua darjat’ terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah retorik politik yang melemahkan usaha penguat kuasa dalam membanteras kegiatan rasuah di Malaysia.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, siasatan SPRM harus dikritik secara berfakta dan konstruktif, bukan melalui naratif bahawa semua tindakan badan itu bermotif politik.

Menurut beliau, perbuatan tersebut hanya akan merosakkan keyakinan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan dan melemahkan perjuangan menentang rasuah. 

“Rasuah harus dilihat sebagai jenayah, bukan sebagai senjata politik. Dakwaan bahawa SPRM hanya menyiasat individu yang menentang Perdana Menteri adalah terlalu simplistik dan tidak berasaskan bukti kukuh. Setiap kes siasatan rasuah mesti dinilai berdasarkan fakta dan bukti, bukan persepsi politik semata-mata. 

“Walaupun SPRM berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, dakwaan bahawa ia hanya bertindak atas arahan politik perlu disokong dengan bukti konkrit. Setakat ini, tiada bukti kukuh bahawa siasatan terhadap bekas Perdana Menteri dibuat semata-mata kerana beliau mengkritik kerajaan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Terdahulu, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mempersoalkan tindakan SPRM dalam menangani siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali menerusi kenyataan pada Rabu mendakwa terdapat siasatan ‘dua darjat’ dengan mendakwa SPRM bertindak tidak adil dalam siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mengulas lanjut, Jais menegaskan, tuduhan bahawa kes tertentu seperti DNAA Ahmad Zahid atau kes HeiTech Padu tidak disiasat secara serius adalah andaian yang tidak mengambil kira prosedur undang-undang yang kompleks. 

Beliau berpandangan, tidak semua kes boleh dibandingkan secara langsung kerana setiap siasatan mempunyai tahap kerumitan yang berlainan, dengan prosesnya mengambil masa dan berbeza mengikut kes.

“Dalam kes Ismail Sabri, jumlah rampasan wang yang diumumkan menunjukkan kes ini melibatkan nilai yang besar, justeru ia menarik perhatian umum.

“SPRM perlu menjelaskan siasatan bagi mengelakkan spekulasi. Ini bukan bermakna ada ‘dua darjat’, tetapi lebih kepada keperluan untuk menjelaskan kes yang mempunyai impak besar kepada rakyat.

“Apa yang perlu dituntut bukan naratif konspirasi politik, tetapi reformasi menyeluruh dalam sistem keadilan supaya semua siasatan dilakukan secara adil dan telus, tanpa mengira siapa yang berkuasa,” katanya.

Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan kepada media Ismail Sabri merupakan suspek dalam siasatan mereka berkaitan dakwaan rasuah melibatkan perbelanjaan kerajaan dalam program ‘Keluarga Malaysia’.

Pada sidang media SPRM yang mempamerkan sejumlah besar wang tunai dan 16 jongkong emas bernilai lebih RM177 juta yang disita dari sebuah rumah yang dikaitkan dengan pembantu Ahli Parlimen Bera itu, Azam menafikan tindakan agensi itu bermotif politik.

Related Posts

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Sikap parti pembangkang Pas yang lebih berminat mencari ruang untuk membantah tindakan kerajaan berkenaan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) disifatkan tidak wajar. Ketua Angkatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

KUALA LUMPUR – Prosiding pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dijadual berlangsung di Mahkamah Sesyen hari ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara