Kenaikan dividen KWSP saksi kecekapan Kerajaan Madani

PENINGKATAN kadar dividen Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) membawa cerminan keyakinan para pelabur terhadap Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini.

Kakitangan badan berkanun yang juga pencarum KWSP, Zainur Syazwan Abdullah, 30, menzahirkan rasa syukur atas peningkatan kadar dividen yang tertinggi diumumkan sebanyak 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah pada Sabtu.

Zainur berkata, tiada lagi keraguan melihat potensi Anwar dan barisan kabinet menangani ketidaktentuan pasaran ekonomi global di samping memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah di atas urus tadbir kerajaan madani, pencapaian KWSP berjaya mencatatkan peratusan pulangan dividen yang tinggi sejak 2017.

“Tidak diragukan lagi dimana para pelabur meyakini dan melihat potensi yang tinggi dalam pentadbiran Madani di bawah Perdana Menteri ke-10 kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya berharap momentum bagi dividen kwsp akan kekal pada tahun-tahun akan datang,” katanya kepada The Malaysia Press pada Ahad.

Kadar dividen bagi Simpanan Konvensional daripada jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion; dan bagi Simpanan Syariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM10.19 bilion.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk 2024 sebanyak RM73.24 bilion.

Sementara itu, pekerja swasta, Siti Nur Nabila Taupek berpendapat, ketelusan Kerajaan Madani menangani ketirisan antara faktor utama penambahbaikan kewangan negara serta institusi seperti KWSP.

“Bagi saya, kenaikan dividen KWSP membawa gambaran dasar yang lebih strategik untuk pertumbuhan jangka panjang oleh kerajaan.

“Penambahan dividen yang dikreditkan didalam akaun saya sedikit sebanyak memberikan jaminan simpanan hari tua kelak.

“Tetapi, cabaran seperti inflasi, kos sara hidup, turun naik ekonomi global masih perlu ditangani untuk mengekalkan momentum positif ini pada masa akan datang,” katanya.

Pada Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus yang diumumkan untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi 2024 adalah yang tertinggi untuk tempoh selepas 2017.

Beliau berkata, antara faktor yang mendorong kadar dividen itu adalah pasaran ekuiti di Malaysia yang meningkat 12.7 peratus serta pasaran ekuiti seluruh dunia yang naik 17 peratus.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar