Wartawan rasuah: SPRM harus siasat terperinci dakwaan kartel Pakistan

PUTRAJAYA – Proses undang-undang yang adil mesti dijalankan susulan penahanan seorang wartawan dari sebuah portal berita dalam talian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, setiap individu berhak untuk dianggap masih tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Sehubungan itu, menurutnya, menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan yang telus dan menyeluruh, memastikan semua bukti dikumpulkan dengan tepat dan tanpa prejudis.

“MCW memandang serius penahanan termasuk kenyataan SPRM bahawa ia bukan disebabkan artikel diterbitkan portal terbabit, sebaliknya selepas wartawan berkenaan didakwa menerima rasuah RM20,000 daripada ejen yang berurusan dengan pekerja migran.

“Integriti dan etika kewartawanan adalah asas kepada kebebasan media. Sekiranya dakwaan terhadapnya benar, tindakan itu bukan sahaja mencemarkan nama baik profesion kewartawanan tetapi mengkhianati kepercayaan masyarakat terhadap media sebagai pemantau kepada ketelusan dan keadilan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Dalam pada itu, Jais menyeru semua pengamal media untuk sentiasa mematuhi kod etika kewartawanan dan menghindari sebarang bentuk rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

“Kebebasan media datang dengan tanggungjawab besar, dan adalah penting bagi wartawan untuk menjaga integriti mereka dalam menjalankan tugas.

“MCW akan terus memantau perkembangan kes ini dan berharap agar kebenaran dapat ditegakkan demi kepentingan awam dan integriti profesion kewartawanan di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan wartawan itu lewat malam tadi, dengan wang rasuah yang ditemui ketika serbuan didakwa sebagai bayaran supaya dua artikel mengenai ejen terbabit tidak diterbitkan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran berpandangan, kelulusan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia merupakan langkah penting dalam memperkukuh kebebasan media dan memastikan wartawan dapat menjalankan tugas mereka tanpa takut akan penganiayaan yang tidak adil.

Menurutnya, SPRM harus memberi layanan yang adil kepada wartawan yang ditahan, termasuk memberikan akses kepada khidmat guaman, sejajar dengan prinsip keadilan dan proses undang-undang yang sewajarnya.

“Siasatan yang lebih menyeluruh, SPRM bukan sahaja perlu menyiasat wartawan tersebut tetapi juga memperluaskan siasatan terhadap individu yang dikaitkan dengan sindiket yang telah didedahkannya.

“Wartawan berkenaan sebelum ini telah menulis mengenai sindiket pemerdagangan migran, terutamanya seorang ‘dalang’ di sebalik kartel Pakistan. Memandangkan keseriusan dakwaan ini, SPRM perlu memastikan mereka yang terlibat dalam aktiviti jenayah ini turut diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Mengulas lanjut, Yuneswaran berkata, dakwaan terhadap salah laku rasuah dan pemerdagangan manusia yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen bukan dilaporkan buat kali pertama dan keperluan SPRM tidak tidak memandang ringan laporan daripada wartawan, berkemungkinan terhadap salah laku telah didedahkan.

“Azam mendakwa wartawan tersebut telah meminta RM100,000 daripada ejen sebagai pertukaran untuk tidak menerbitkan dua artikel mengenainya, maka ejen itu sendiri juga perlu disiasat. Pihak berkuasa harus menyelidik sama ada ejen tersebut terlibat dalam mana-mana aktiviti sindiket dan memastikan semua individu yang terlibat dalam operasi sebegini dikenakan tindakan sewajarnya.

“Memandangkan siasatan masih berjalan, kami menggesa semua pihak agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin yang tidak berasas, kerana dakwaan yang tidak disahkan bukan sahaja boleh menjejaskan wartawan yang terlibat tetapi juga memberi kesan kepada keluarganya,” katanya.

Pada 22 Februari lalu, portal berita dalam talian itu memetik sumber yang mendakwa bekas pegawai imigresen yang kini bergelar ‘Datuk’ sebagai dalang di sebalik kumpulan kartel yang didakwa beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar