[VIDEO] Kelibat buaya hampiri jambatan kayu atas air gusarkan penduduk, orang awam

LAHAD DATU – Kemunculan buaya di kawasan perkampungan atas air Kampung Desa Bajau, di sini, pada Khamis menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk dan warga awam.

Lebih membimbangkan, reptilia itu dilihat begitu hampir dengan jambatan kayu semasa kejadian air pasang yang dibina bagi menghubungkan rumah atas air ke kawasan darat.

Penduduk kampung, Rafieda Fieda ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press berkata, kelibat buaya di kawasan perkampungan atas air itu kerap berlaku dan sudah pasti membimbangkan keselamatan penduduk di kawasan tersebut.

“Buaya kerap kali dilihat di sini dan pernah berlaku separuh badan buaya naik ke jambatan lebih-lebih apabila jambatan itu tenggelam semasa air pasang, jadi memang boleh dia (buaya) naik.

“Keadaan ini merisaukan kerana kami terpaksa menunggu air surut untuk melalui jambatan,” katanya.

Rafieda berkata, perkara ini juga telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Video berdurasi 30 saat yang dimuat naik menerusi media sosialnya Rafieda Fieda mendapat 597 perkongsian dengan lebih 100,000 tontonan.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen khuatir akan keselamatan terutamanya sekiranya berlaku sesuatu kepada kanak-kanak selain berharap agar tindakan segera diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Bahaya ni budak-budak selalu mandi, buat ‘report’ sebelum ada mangsa,” tulis Mansurman Man.

“Bahayanya, mau dikasi tinggi sudah jambatan tu, nda boleh sudah limpas kalau air pasang begini, seram ba sekarang buaya ini,” komen Julianah.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam