Pemberian bantuan tunai bentuk ekosistem perlindungan sosial bersasar – Armizan

PAPAR – Pemberian bantuan tunai merupakan antara bentuk ekosistem perlindungan sosial bersasar yang mempunyai impak langsung kepada penerima, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

Armizan berkata, ia memberi fleksibiliti kepada penerima dalam mengatur dan menentukan sendiri perbelanjaan bagi kegunaan membeli barangan keperluan seperti makanan, pendidikan termasuk perkhidmatan mengikut keperluan semasa isi rumah.

“Untuk itu, saya menzahirkan penghargaan terhadap kerajaan-kerajaan negeri yang melaksanakan program khusus untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup.

“Bantuan tunai oleh Kerajaan Negeri sudah tentu memberi nilai tambah kepada rakyat dalam usaha membantu mengatasi isu kos sara hidup, di samping pelbagai usaha yang telah dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Papar berkata, Kerajaan Sabah komited dalam menangani isu kos sara hidup rakyat, antaranya melalui pelaksanaan program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR).

“Program pemberian bantuan tunai yang diperkenalkan Kerajaan Negeri itu adalah untuk membantu golongan memerlukan, khususnya kategori miskin dan miskin tegar.

“Melalui program ini, penerima yang layak akan diberikan bantuan tunai berjumlah RM300 sebulan secara berkala sama ada dikreditkan ke dalam akaun bank, akaun aplikasi e-wallet YONO atau secara tunai melalui kaunter yang ditetapkan.

“Tahun 2025, disasarkan seramai 100,000 penerima dalam kalangan ketua isi rumah miskin dan miskin tegar akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan program tersebut.

“Bagi fasa pertama (Januari hingga Mac), seramai 72,039 ketua isi rumah telah disenaraikan menerima bantuan ini di seluruh Sabah termasuk 1, 544 ketua isi rumah dalam Parlimen Papar,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya pada Khamis.

Menurut Armizan, di peringkat Kerajaan Persekutuan juga telah dilaksanakan pelbagai strategi dan pendekatan bagi menangani isu tersebut, termasuk melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Setakat 2025, sebanyak RM13 bilion diperuntukkan untuk dua program tersebut, dengan peningkatan RM3 bilion berbanding tahun lalu. Daripada jumlah itu, RM8 bilion diperuntukkan untuk STR manakala RM5 bilion untuk SARA.

“Pemberian melalui dua program itu akan memberi manfaat kepada 5.4 juta penerima berpendapatan rendah khususnya golongan e-kasih daripada kategori isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan golongan bujang yang merangkumi lebih 120,000 penerima di Sabah dan 110,000 di Sarawak,” kata beliau.

Tambahnya, dalam menangani isu tersebut juga kerajaan melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) melaksanakan pendekatan serampang dua mata ‘two-pronged strategy’, yang mengawal kenaikan harga barang dan sebagai usaha meningkatkan pendapatan rakyat.

“Selain pemberian tunai, pelaksanaan program seperti Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan usaha di bawah Kerajaan Madani dalam membantu rakyat menjana pendapatan,” katanya.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil