Ops Perdana AADK Sarawak tahan 30 individu positif dadah

KUCHING- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak berjaya menahan 30 individu dalam operasi Ops Perdana yang dijalankan di tiga lokasi dalam Bahagian Betong baru-baru ini.

Operasi yang berlangsung dari 25 hingga 27 Februari melibatkan serbuan di kawasan Supa, Spaoh, Kabong, dan Debak.

Menurut kenyataan AADK Sarawak, kesemua yang ditahan didapati positif dadah jenis Methamphetamine selepas menjalani ujian saringan air kencing. Dari jumlah tersebut, 28 adalah lelaki dan dua wanita, dengan usia antara 19 hingga 50 tahun.

Kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Penagih Dadah 1983, dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peruntukan undang-undang. Operasi ini melibatkan 12 anggota, termasuk dua pegawai dan 10 anggota lain yang bertugas dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di daerah tersebut.

Operasi turut disertai oleh Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Sarawak, Muhamed Izuan Abdul Rahman.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah diminta untuk menghubungi talian hotline AADK di 1-800-22-2235 atau 019-626 2233.

  • Related Posts

    54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

    SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

    KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

    MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

    54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

    54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

    Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

    Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

    Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

    Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

    Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

    Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

    R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

    R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat