SEC meterai perjanjian dengan Petronas, bekal gas asli RM1 bilion setahun kepada Esteel 

KOTA KINABALU – Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) memeterai satu lagi perjanjian penting dengan Petronas bagi membolehkannya membekalkan 150 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) gas asli.

Ia melibatkan 100 MMscfd untuk pembuatan dan 50 MMscfd untuk penjanaan kuasa, dengan nilai bekalan dianggarkan RM1 bilion setahun kepada Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan langkah ini sebagai pencapaian penting dalam pembangunan industri di Sabah.

“Perjanjian ini menandakan langkah penting ke arah matlamat pembangunan jangka panjang Sabah, mempromosikan pertumbuhan industri dan keselamatan tenaga serta mencipta peluang baru untuk memacu kemajuan Sabah.

“Kami berharap dapat meneruskan kerjasama dengan Petronas sambil mengambil kira kepentingan terbaik untuk Sabah,” katanya selepas menyaksikan pertukaran perjanjian antara SEC dan Petronas serta SEC dan Esteel di Menara Kinabalu pada Jumaat. 

Dalam perjanjian antara SEC dan Petronas, syarikat petroleum nasional itu akan membekalkan tambahan 104 MMscfd gas asli kepada SEC, menjadikan jumlah keseluruhan bekalan kepada syarikat milik penuh kerajaan negeri itu meningkat kepada 370 MMscfd.

Ia adalah untuk menyokong keperluan industri dan tenaga Sabah.

Mewakili Petronas adalah Pengurus Besar Kanan Pengurusan Hidrokarbon Terpadu MPM, Anuar Ismail, manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Adzmir Abdul Rahman mewakili SEC.

Mengulas lanjut mengenai perjanjian tersebut, Naib Presiden Kanan MPM, Datuk Ir. Bacho Pilong berkata, ia menekankan komitmen Petronas untuk menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai yang menyumbang kepada pertumbuhan Sabah sambil menyokong penggunaan tenaga yang lebih lestari.

Komited kepada amalan industri yang terbaik, SEC mengekalkan keberkesanan penghantaran gas sebanyak 98 peratus dan terus meningkatkan keupayaan teknikal dan kecekapan operasinya untuk memacu pertumbuhan dalam sektor tenaga.

Dijangka beroperasi pada suku keempat tahun 2027 di tapak seluas 180 hektar, fasa 1 projek keluli hijau dengan pelaburan sebanyak AS$1.93 bilion (RM8.92 bilion), akan mewujudkan 2,795 peluang pekerjaan secara langsung dan menghasilkan 2.5 juta tan besi briket panas yang lebih bersih. 

Projek tiga fasa ini membawa masuk pelaburan dianggarkan sebanyak AS$4.39 bilion (RM19.6 bilion).

Loji ini telah memilih gas asli sebagai agen pengurang dan bukannya kok dan arang batu, mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 70 peratus dan menjadikannya rendah karbon, berkesan dan mesra alam.

Beliau berkata, ini menandakan keyakinan Sabah terhadap projek keluli hijau yang merupakan antara pelaburan yang mewakili asas pertumbuhan ekonomi dan strategi pembangunan negeri.

Semasa ditemui media, Hajiji turut berkata, perjanjian ini akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah sekali gus menjana ekonomi negeri.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat