Kabinet junjung kasih titah Al-Sultan Abdullah

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar semua pihak tidak berterusan membahaskan Titah Adendum.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, kerajaan berharap semua pihak dapat menghormati titah Tuanku.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) merakamkan junjung kasih kerajaan terhadap titah baginda Sultan Abdullah.

“Seperti yang kita semua sedia maklum, Tuanku bertitah supaya isu Titah Adendum yang sekarang di bawah proses undang-undang perlu dihormati.

“Titah Tuanku meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum ini,” katanya dalam sidang media mingguan Menteri Komunikasi, hari ini.

Fahmi berkata, pelaksanaan dan juga perkara berkaitan dengan proses itu (Titah Adendum) akan diteruskan kerajaan.

Al-Sultan Abdullah semasa berangkat pada Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri di Kuantan, Pahang, malam tadi, bertitah agar semua pihak tidak berterusan membahaskan isu berkaitan yang kini di bawah proses undang-undang.

Baginda menegaskan semua pihak perlu menghormati proses tersebut berikutan perkara itu berada di bawah bidang kuasa pihak bertanggungjawab.

Related Posts

Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian