MADA akan naik taraf Empangan Pedu bagi lancarkan program tanaman padi lima musim dua tahun

ALOR SETAR – Program penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda akan dimulakan dengan pembinaan 15 blok baharu di kawasan berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di kawasan Muda menerusi peruntukan RM1 bilion.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh berkata, projek fasa satu itu turut membabitkan kerja membaik pulih dan menaik taraf Empangan Pedu yang memainkan peranan besar dalam bidang pertanian.

Secara keseluruhan, katanya, 15 blok itu merangkumi keluasan kawasan seluas 10,730 hektar membabitkan tanah diusahakan 6,127 pesawah.

“Ia bukan hanya akan melancarkan penyaluran air ke sawah malah turut mengurangkan tempoh penyaliran air dari empangan ke sawah.

“Inilah antara langkah paling diperlukan bagi menyokong projek penanaman padi lima musim dalam dua tahun. Apabila terlaksana nanti, sudah tentu hasil pengeluaran padi akan meningkat dan pendapatan petani juga bertambah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail berkata, inisiatif yang diambil kerajaan itu adalah satu langkah besar bagi melonjakkan industri pertanian tanah air.

Katanya, usaha itu adalah satu projek ulung dalam aspek penyelenggaraan yang tidak pernah dibuat sebelum ini bagi melancarkan penyaliran air dari empangan ke sawah.

“Tindakan ini bertepatan dengan hasil dapatan kajian seperti diumumkan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum ini bahawa isu kelemahan sistem pengairan dan saliran di seluruh negara adalah penyebab utama kepada pengurangan hasil padi.

“Malah peluncuran projek ini sebenarnya satu detik bersejarah kerana usaha sebegini, adalah julung kali dilaksanakan dengan bajet begitu besar di sesebuah kawasan.

Mengulas mengenai langkah menaik taraf dan membaik pulih Empangan Pedu, Dr Ismail menjelaskan struktur empangan yang mula dibina pada 1966 dan disiapkan tiga tahun kemudian itu masih lagi utuh.

Namun, katanya, mekanisme serta komponen yang digunakan di empangan itu sudah terlalu usang hingga ada antaranya sudah rosak sejak 2012 namun gagal dibaiki hingga sekarang.

“Terdapat injap yang sudah rosak sejak 2012 dan masih rosak hingga kini. Dalam tempoh dua atau tiga tahun lalu, kita sudah berusaha dua kali untuk membaikinya namun gagal.

“Maka usaha naik taraf dan baik pulih ini akan diharap akan menyelesaikan semua masalah yang timbul, sekali gus melancarkan penyaliran air. Kita akan mendapatkan kepakaran dari Belanda, kerana negara itu sememangnya terkenal dengan aspek penyaliran dan pengairan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, projek berkenaan dijalankan secara Request for Proposal (RFP) iaitu kerjasama awam dan swasta.

“Ia akan dibiayai sepenuhnya terlebih dulu oleh pihak swasta, sebelum dibayar semula oleh kerajaan.

“Apabila projek ini siap dan usaha menanam padi lima musim dalam dua tahun dilaksanakan nanti, kita menyasarkan untuk mencapai pengeluaran 5.9 tan per hektar secara purata bagi setiap musim. Itu sudah tentu mendatangkan manfaat besar kepada petani dan negara,” katanya.

Related Posts

Kekerapan tren LRT3 akan dikaji jika jumlah penumpang meningkat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan menilai semula kekerapan perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sekiranya jumlah penumpang menunjukkan peningkatan sepanjang bulan pertama operasi. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zambry naik LRT3 ke UiTM Shah Alam, tinjau kemudahan baharu permudah mobiliti pelajar

SHAH ALAM – Kemudahan baharu Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bukan sahaja memudahkan orang ramai, malah memberi impak besar kepada ribuan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang bergantung kepada pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil