Tak sampai 24 jam, Harakahdaily engkar titah Sultan Pahang

BAGAI mencurah air ke daun keladi, itulah yang dapat digambarkan kepada portal berita Harakahdaily, lidah rasmi Pas.

Belum pun sampai 24 jam dan masih segar titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang meminta semua pihak tidak mencetuskan kekeliruan berkenaan Titah Adendum, Harakahdaily tanpa rasa bersalah telah mengeluarkan artikel sekali gus menunggang isu berkenaan untuk terus mengadu domba rakyat.

Portal itu menerbitkan artikel yang bertajuk “Titah Adendum: Apa yang Kerajaan Madani takut sangat? Foto Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut menghiasi artikel berkenaan.

Apa yang dikesalkan ketika umat Islam sedang bersiap sedia menanti ketibaan Ramadan, Harakahdaily pula menerbitkan artikel yang boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam demi menghasut rakyat membenci Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apakah pembangkang terutamanya Pas sudah ketandusan modal dan terdesak sehingga tergamak menerbitkan artikel yang mengelirukan rakyat sekali gus menderhaka titah Sultan Pahang.

Artikel itu sengaja menulis isu berkaitan Titah Adendum yang telah pun dijelaskan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Malah pihak kerajaan berulang kali memberi pencerahan mengenainya namun ternyata Pas menerusi Harakahdaily mempunyai niat untuk terus mengelirukan rakyat demi kepentingan politik mereka.

Hakikatnya sehingga ke hari ini belum ada sebarang kenyataan murka yang dikeluarkan oleh Al-Sultan Abdullah selaku Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan Adendum berkenaan terhadap Kerajaan Madani.

Jadi kenapa Pas dan Harakahdaily berterusan membangkitkan isu ini?

Semalam, Baginda bertitah dengan meminta semua pihak menghormati proses undang-undang berhubung isu Titah Adendum.

Baginda bertitah, perkara itu berada di bawah bidang kuasa pihak bertanggungjawab dan berintegriti.

“Saya (juga) menyeru semua pihak agar berpegang teguh kepada nilai kejujuran, amanah, saling menghormati dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

“Dengan semangat ini, Insya-Allah… negeri Pahang akan terus menjadi negeri harmoni dan sejahtera,” titah baginda pada Majlis Himpunan Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, malam tadi.

Related Posts

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

PUTRAJAYA – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai satu perkembangan bersejarah yang membuka lembaran baharu kepada perjuangan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

PUTRAJAYA – Pindaan terhadap Akta Tabung Haji 1995 perlu diberi keutamaan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), bagi memastikan kelemahan tadbir urus yang dikenal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang