Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari mulai Khamis

JOHOR BAHRU – Semua sekolah di Johor akan ditutup selama dua hari bermula esok, susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara di seluruh daerah di negeri ini.

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, keputusan berkenaan dibuat atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebagai langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan serta kesihatan murid.

Menurut beliau, penutupan tersebut membabitkan 1,198 sekolah dengan 617,258 pelajar.

“Semua sekolah di seluruh negeri Johor akan ditutup selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober ini sebagai langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan dan kesihatan murid.

“Kerajaan Negeri memahami bahawa keputusan berkenaan mungkin memberi kesan kepada urusan ibu bapa serta penjaga yang masih perlu bekerja,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Rabu.

Oleh itu Muhammad Naqib berkata, kerjasama dan pertimbangan majikan amat dihargai untuk memberikan fleksibiliti bersesuaian kepada ibu bapa yang terkesan.

Beliau memaklumkan, perkara itu termasuk pengaturan kerja yang munasabah mengikut kesesuaian organisasi masing-masing.

“Bagi sekolah yang terbabit dengan Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) atau mana-mana pentaksiran, pelaksanaannya akan ditangguhkan dan dijadualkan semula tertakluk kepada ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan pihak berkaitan.

“Sepanjang tempoh penutupan (sekolah), sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Muhammad Naqib memaklumkan, meskipun keputusan itu menuntut sedikit penyesuaian daripada semua pihak, namun dalam keadaan semasa, keselamatan dan kesihatan anak-anak Johor perlu menjadi keutamaan.

“Saya juga menyeru ibu bapa dan penjaga supaya terus memantau keadaan kesihatan anak-anak, mengurangkan aktiviti di luar rumah, memastikan mereka minum air secukupnya serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti batuk, sakit tekak atau sesak nafas.

“Semoga segala urusan dipermudahkan serta keadaan jerebu ini segera beransur pulih. Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kita dapat sama-sama menjaga keselamatan dan kesejahteraan anak-anak Johor,” katanya.

Related Posts

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KANGAR – Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama di Perlis akan memberi tumpuan kepada bangunan asrama terlebih dahulu bagi mempertingkatkan aspek pengawasan dan keselamatan pelajar. Pengarah Pendidikan Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari mulai Khamis

Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari mulai Khamis

MB Kedah, jangan biar rakyat terus meneka!

MB Kedah, jangan biar rakyat terus meneka!