Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar bukan rampas rumah, tanah pemilik

ASPEK perancangan dan pembangunan bandar atau bandar baharu perlu dilakukan secara berhati-hati supaya ia tidak mencipta jurang antara komuniti.

Sebarang perubahan atau pindaan membabitkan aspek perundangan juga dilakukan secara teliti, selain melalui sesi libat urus merangkumi semua pihak berkepentingan.

Secara umumnya, hal berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) bukanlah berlaku dalam tempoh semalaman.

Cadangan dan perbincangan mengenai RUU itu sudah berjalan sejak sekian lama, namun tertangguh berikutan salah faham serta permainan persepsi oleh pihak tertentu.

Ada yang lebih mengenali PSB itu sebagai URA (Urban Renewable Act) susulan akronim itu juga sering digunakan bagi merujuk kepada RUU yang sedang hangat disebarkan oleh segelintir ahli politik bukan pro Kerajaan Perpaduan.

Jadi, tugas untuk menjelaskan hal berkaitan RUU membabitkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedikit terganggu, hanya kerana perbezaan akronim PSB atau URA – sedangkan ia adalah benda yang sama.

Maka, kita selesaikan dahulu bab akronim dan sama-sama bersetuju untuk hanya menggunakan PSB dalam perbincangan seterusnya.

Apa itu PSB dan kenapa pindaan bagi RUU tersebut sangat penting?

Ketua Pengarah (Perancangan Bandar dan Desa) KPKT, Datuk Dr Alias Rameli dilaporkan berkata, pindaan kepada RUU sedia ada perlu dilakukan bagi menangani isu bangunan usang di bandar raya utama di Malaysia.

“Kita tidak boleh membiarkan bangunan berusia lebih 30 atau 50 tahun berada dalam keadaan usang di tengah-tengah bandar raya.

“Jadi, KPKT menerusi PLANMalaysia merangka satu perundangan khusus untuk tujuan pembaharuan bandar,” jelasnya.

Alias dalam masa sama dipetik sebagai berkata, RUU itu bukanlah bertujuan merampas hartanah secara sewenang-wenangnya.

“Matlamat utama adalah memastikan pembangunan semula bandar dilakukan menerusi persetujuan pemilik, seterusnya memberi nilai tambah kepada hartanah mereka,” jelasnya.

Maknanya, dakwaan dan fitnah kononnya kerajaan boleh merampas rumah atau tanah daripada pemilik asal adalah tidak benar sama sekali.

Pindaan kepada RUU PSB itu sendiri tetap menekankan bahawa persetujuan pemilik kekal menjadi asas utama sebelum projek pembangunan semula dilaksanakan.

Berdasarkan RUU sedia ada dan merujuk kepada Seksyen 57 Akta Hak Milik Strata 1985 (Akta 318), persetujuan 100 peratus daripada pemilik diperlukan untuk penamatan hak milik strata.

Hal ini dilihat sebagai sukar untuk diperoleh dan akhirnya proses pembangunan semula tidak dapat dilakukan.

Jadi, menerusi pindaan kepada RUU PSB yang sedang dirangka ketika ini, nilai ambang bagi persetujuan ditetapkan kepada 75 peratus untuk bangunan berusia lebih 30 tahun, manakala 80 peratus bagi bangunan kurang 30 tahun dan 51 peratus untuk bangunan tidak selamat diduduki atau terbengkalai.

Jadi, pindaan kepada RUU itu tidaklah memberi kuasa sepenuhnya kepada kerajaan mengambil alih bangunan atau tanah atau kawasan sesuka hati, seperti didakwa pembangkang.

Maka, kita kena faham hasrat utama Kerajaan Madani apabila mahu meminda RUU PSB, ia adalah bagi memastikan setiap aspek pembangunan dan perancangan bandar dapat dilakukan dengan lebih teratur, tanpa menafikan hak pemilik asal tanah atau bangunan berkaitan.

Related Posts

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Politik agama menuntut disiplin ilmu, bukan kontroversi

KONTROVERSI melibatkan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Salleh baru-baru ini sekali lagi membuka perbahasan besar mengenai tanggungjawab pemimpin politik yang membawa imej agama dalam wacana awam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat