Fitnah dahulu kemudian minta maaf, senjata Pas untuk lepaskan diri

HARI ini kita dikejutkan dengan kes saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai apabila beliau memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kes ini mendapat perhatian ramai selepas Sanusi mendakwa Amirudin mempunyai skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang dan pemberian 600 ekar tanah.

Sebelum ini ketika ditanya oleh wartawan, Sanusi dengan serius dan tegas berkata bahawa beliau mempunyai maklumat yang cukup seperti yang dinyatakannya dan sanggup bertemu di mahkamah.

Tindakan Sanusi itu seolah-olah beliau berada di pihak yang benar dan sanggup turun ke mahkamah bagi membuktikan kenyataannya itu.

Tiba-tiba hari ini semasa di dalam mahkamah Sanusi menjadi ‘donat’ dan meminta maaf kepada Amirudin atas kenyataannya tempoh hari.

Permohonan maaf yang dibuat oleh Sanusi sudah jelas menunjukkan beliau telah melakukan fitnah yang sangat jijik di sisi Islam.

Walaupun Amirudin sudah pun memaafkannya tetapi dari segi moral Sanusi merupakan pemimpin yang sering membuat fitnah terhadap lawannya.

Kepimpinan Pas hari ini mudah mengeluarkan fitnah dan mudah juga untuk memohon maaf. Adakah ini diajar oleh Islam dan tidak malukah Sanusi dengan perbuatannya itu?

Kepimpinan Pas hari ini masih lagi tidak serik dengan pengajaran yang dialami oleh rakan-rakan mereka sebelum ini dan terus menfitnah.

Sanusi sudah nampak beliau pasti akan kalah pada perbicaraan itu.

Seperti juga sebelum ini beliau terpaksa mengguna formula lamanya untuk memohon maaf walau pun berat untuk melakukannya.

Seandainya beliau tewas pada perbicaraan hari ini sudah pasti segala keistimewaan yang diperolehinya hari ini akan lesap begitu sahaja.

Oleh itu beliau sanggup menebalkan mukanya di mahkamah bagi memohon maaf atas segala fitnahnya itu.

Nasib baiklah segala fitnah yang dilemparkan oleh Sanusi tidak kepada DAP, jika tidak sudah pasti tin milo pasti akan bergerak semula selepas berkhidmat dan berjihad untuk Siti Mastura tempoh hari.

Bagi rakyat Kedah sikap dan perangai Sanusi sejak beliau menjadi Menteri Besar sungguh memalukan dan gelagatnya suka memaki-hamun tanpa sedar akan kedudukannya itu.

Apatah lagi beliau yang menggunakan Islam sebagai wadah politik menunjukkan sikap yang kurang disenangi oleh rakyat Kedah hari ini.

Bagaimanapun penulis sangat bangga dengan sikap Amirudin yang sanggup memaafkan Sanusi dan sabar dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya oleh Sanusi tempoh hari.

Walaupun Amirudin merupakan seorang ahli PKR yang tiada perkataan Islam pada partinya tetapi sikapnya sudah cukup mencerminkan ciri-ciri seorang Muslim yang disaran oleh agama berbanding Sanusi.

Sebenarnya penulis tidak terkejut dengan keputusan mahkamah hari ini selepas kes itu diselesaikan kerana sebelum ini tindakan Sanusi sanggup turun bermain bola dan lepak di kedai kopi bersama Amirudin telah membayangkan sesuatu akan terjadi pada kes mahkamah nanti.

Bagaimanapun penulis tertanya-tanya sampai bila Pas akan terus menggunakan senjata fitnah untuk menentang musuhnya dalam politik.

Umumnya mengetahui fitnah itu lebih buruk lagi dari membunuh. Apa pun Pas terus dan terus menggunakannya tanpa menghiraukan hukum Allah.

Nasihat penulis yang kerdil ini kepada kepimpinan Pas bahawa kita hidup sebanyak dua kali dan mati hanya sekali.

Maka fikirkanlah…

Related Posts

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

KADAR penyalahgunaan dadah di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis terus membimbangkan apabila semuanya jauh melebihi kadar nasional bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendaratan ikan Terengganu: Peruntukan besar belum menjawab soal hasil

ISU bot nelayan Terengganu yang menangkap ikan di perairan negeri tetapi mendaratkan hasil di Kelantan atau Pahang kembali menimbulkan persoalan tentang keberkesanan usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah infrastruktur perikanan. Penjelasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan