Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

KOTA KINABALU – Bekalan simen di Sabah yang mengalami gangguan ketika ini dijangka pulih sepenuhnya menjelang pertengahan September susulan kilang Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) di Teluk Sepangar kembali beroperasi selepas kerja pembaikan dan penyelenggaraan selesai.

Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusuf berkata, kerja pembaikan dan penyelenggaraan kilang berkenaan berjaya disiapkan pada Jumaat dan pihaknya kini sedang meningkatkan semula pengeluaran serta bekalan simen ke pasaran.

“Kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kilang telah berjaya disiapkan semalam, 4 September 2026, dan CIS kini sedang berusaha meningkatkan semula pengeluaran serta bekalan simen ke pasaran.

“Bekalan simen dijangka pulih sepenuhnya pada pertengahan September ini,” ujarnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Sumardi, gangguan bekalan ketika ini bukan sahaja berpunca daripada kerja penyelenggaraan kilang, malah turut dipengaruhi kelewatan ketibaan kapal yang membawa bahan mentah ‘klinker’ dan simen pukal (bulk cement).

“Kelewatan berkenaan berlaku susulan keadaan cuaca kurang baik di pelabuhan kilang pembekal bahan tersebut.

“CIS turut meningkatkan perolehan bekalan klinker dan simen pukal bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap bahan binaan berkenaan di Sabah.

“Langkah ini penting bagi memastikan bekalan simen dapat disalurkan secara berterusan kepada pengguna serta pemain industri pembinaan di negeri ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Sumardi turut memohon kerjasama dan kefahaman semua pihak sepanjang tempoh pemulihan bekalan simen berkenaan.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan