Mampukah UMNO, BN pertahankan Ayer Kuning?

TAKDIR telah menentukan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak lama lagi.

Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ishsam Shahruddin ke dunia abadi sememangnya mengejutkan rakyat di DUN berkenaan. Itulah janji Allah bahawa mati itu pasti kepada semua makhluknya.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Ishsam, namun kehidupan perlu diteruskan. Kekosongan yang ditinggalkan beliau perlu diisi sekali gus mencari wakil rakyat baharu untuk rakyat di Ayer Kuning.

Persoalannya sekarang, mampukah UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Ayer Kuning yang tidak pernah terlepas ke tangan parti lain sejak DUN itu mula diperkenalkan pada tahun 1986.

Untuk rekod, Ishsam merupakan wakil rakyat ketiga selepas dua pemimpin UMNO di DUN Ayer Kuning.

Beliau yang menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Tapah pada tahun 2018, kemudiannya dipilih menjadi calon BN, bertanding di DUN Ayer Kuning pada Pilihan Raya Umum ke-16 pada tahun 2022 dalam pertembungan lima penjuru.

Ishsam yang merupakan bekas pemain bolasepak kebangsaan dan Perak berjaya meraih undi paling banyak iaitu 9.088 undi dan menang dengan majoriti 2,213 undi.

Kemenangan Ishsam itu menyumbang lapan kerusi BN di DUN Perak pada PRU15 lalu , turut merrekodkan pencapaian terburuk parti itu dalam sejarah pilihan raya sejak negara merdeka.

Kini, BN adalah parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan juga negeri Perak. Sudah pasti suasana dan cabaran berbeza pada PRK Ayer Kuning yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Walaupun jumlah undi yang diterima BN merosot 8.9 peratus pada PRU15, calon BN dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan Ayer Kuning sebagai DUN milik Kerajaan Perpaduan.

Congakan matematik mudah, calon BN dijangka mampu mendapat jumlah undi berganda berikutan pengundi Pakatan Harapan (PH) pastinya akan mengundi calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Ayer Kuning kali ini.

Pada PRU15 lalu, calon PH memperolehi 6,875 berbanding calon Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 6,812 undi.

Faktor lain yang menunjukkan Kerajaan Perpaduan mampu mempertahankan Ayer Kuning ialah DUN itu sememangnya kubu kuat UMNO dan BN.

Meskipun PRU15 lalu sarat dengan kempen sentimen kebencian terhadap UMNO dan BN, namun hakikatnya tidak berlaku di DUN Ayer Kuning yang bersama DUN Chenderiang menyumbang kemenangan 3-0 BN di Parlimen Tapah.

Inilah satu-satunya kawasan Parlimen di Perak yang BN ‘tapau’ habis pada PRU15 lalu sekali gus membuktikan cengkaman mereka tidak pernah terhakis di situ.

Di atas kertas menunjukkan tiada masalah untuk BN sebagai calon Kerajaan Perpaduan untuk menawan hati kira-kira 31,000 rakyat di Ayer Kuning, namun jangan lupa juga faktor calon yang dipilih bertanding nanti.

Personaliti, kredibiliti dan integriti calon penting dalam meraih undi daripada pelbagai kaum di DUN Ayer Kuning ysng terdiri Melayu 56 peratus, Cina 21 peratus, India 14 peratus dan lain-lain 9 peratus.

Jangan diabaikan keupayaan jentera berkempen dalam menangani pelbagai sentimen, persepsi yang muncul meracuni pemikiran pengundi.

Jika semua rencah ini dapat dilaksanakan oleh BN, sudah pasti rentak kemenangan Kerajaan Perpaduan di Nenggiri dan Mahkota dapat diteruskan di Ayer Kuning.

Related Posts

Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

PEMBATALAN pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menghidupkan kembali persoalan mengenai kaedah penyelesaian krisis adat yang pernah disebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

HAK dan kepentingan negeri Terengganu wajar dipertahankan tanpa mengira parti yang menguasai. Namun, perjuangan tersebut tidak seharusnya dijadikan alasan bahawa sesebuah parti mesti menawan Putrajaya terlebih dahulu sebelum hak rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003