Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah digugurkan daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis berkuat kuasa 3 September lalu.

Jawatan tertinggi Bersatu negeri itu diambil alih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Izizam Ibrahim berkuat kuasa pada tarikh sama.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelantikan Izizam yang juga Ketua Bersatu Bahagian Padang Besar itu telah dipersetujui Presiden Bersatu.

“Berdasarkan pengalaman luas dalam politik dan pentadbiran awam, Bersatu yakin Izizam Ibrahim akan menyumbang idea yang segar dan perancangan strategik untuk memperkukuhkan perjuangan Bersatu yang inklusif, progresif dan cakna rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelantikan berkenaan menyaksikan perubahan kepimpinan Bersatu Perlis ketika Abu Bakar masih memegang jawatan Menteri Besar.
Izizam merupakan ADUN Titi Tinggi selain mengetuai Bersatu Bahagian Padang Besar.

Pertukaran kepimpinan itu berkuat kuasa dua hari sebelum pengumuman rasmi dibuat oleh parti berkenaan hari ini.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan