‘Terus kerja’ – Dua pesan PMX yang terkesan di hati

Oleh: Marhamah Rosli

ULASAN | Dua perkataan yang saya belajar daripada Yang Amat Berhormat (YAB) PMX: ‘Terus kerja’.

Ketika gambar ini sampai kepada saya, saya baru tiba dari Penang dan sudah berbaring di Putrajaya bersama si kecil saya yang berusia tiga tahun. Bersama gambar ini ada kapsyen pendek: ‘Last program’.

Saya tengok gambar itu. Aduh. Malu saya PMX masih bertugas di Penang. Saya sudah baring-baring sama anak

Umur beliau 79 tahun. Dari pagi ke malam bergerak. Kadang-kadang siap tukar baju ikut keperluan program. Komited sungguh beliau.

Serius saya malu dengan diri sendiri. Sejak berada dalam pentadbiran ini, banyak benda saya belajar daripada melihat sendiri cara PMX bekerja.

Pertama: jangan tunggu semangat baru bekerja. Semangat turun naik. Disiplin yang memastikan kita tetap jalan.

Kedua: tidak semua serangan perlu dibalas. Selalu kita sibuk mahu membuktikan orang lain salah tentang kita, sampai terlupa membuktikan apa yang kita mampu buat.

Ketiga: semakin besar amanah, semakin kecil ruang untuk alasan. Sebab ‘nanti’ bagi kita, bermaksud orang lain terpaksa menunggu lebih lama.

Keempat: jangan ukur kerja dengan penat. Penat tidak semestinya bermaksud kita sudah buat cukup. Kadang-kadang kita penat sebab terlalu banyak fikir benda yang bukan kerja kita pun.

Dan yang paling saya belajar: Kelima: Kita tidak perlu disukai semua orang untuk terus memberi manfaat kepada semua orang.

Yang ini memang sangat kena dengan saya. Dalam satu kesempatan di awal lantikan, saya pernah mohon untuk bertemu YAB Perdana Menteri.

Saya orang baru dalam dunia pentadbiran. Banyak yang saya mahu belajar, banyak juga yang saya sedang cuba faham. Saya fikir saya akan datang, duduk, dengar nasihat dan balik. Rupanya sebelum beliau memberi nasihat, beliau mahu mendengar saya dahulu.

“Apa yang ustazah lalui? Cerita.. Saya dengar..”

Lebih kurang begitulah.

Saya pun bercerita. Satu demi satu. Apa yang saya alami sejak dilantik, apa yang saya sedang cuba sesuaikan, cabaran yang saya hadapi, termasuklah perangai manusia yang macam-macam. Beliau dengar. Betul-betul dengar. Tidak potong cerita. Tidak terus bagi jawapan. Tidak cuba tunjuk bahawa beliau lebih tahu.

Yang itu saya ingat sampai sekarang. Sebab saya belajar satu lagi perkara tentang kepimpinan: Sebenarnya, kita tidak perlukan pemimpin yang paling cepat memberi jawapan. Kita sebenarnya perlukan pemimpin yang sanggup mendengar sebelum membuat kesimpulan dan keputusan.

Selama ini saya melihat PMX seperti kebanyakan orang melihat beliau. Di televisyen. Di berita. Di media sosial. Orang cerita beliau kuat bekerja, saya dengar sajalah. Tetapi berada dalam pentadbiran memberi saya peluang melihat beberapa perkara dengan mata sendiri, yang sebelum ni saya tidak pernah ambil tahu pun.

Dan saya mula faham satu perkara, ada beza antara reputasi yang kita dengar dengan karakter yang kita saksikan sendiri. Selepas panjang saya bercerita hari itu, nasihat beliau sangat pendek. “Terus kerja”.  Itu saja.

Saya cerita panjang, beliau jawab pendek.  Tapi sempat beliau cerita pengalaman awal ketika beliau dilantik pertama kali dulu. MasyaAllah. Pertama kali saya dengar kisah tersebut..

Alhamdulillah.. semakin lama saya berada di sini, semakin saya faham berat dua perkataan itu. Asal jumpa pun, lebih kurang begitulah pesanan PMX. Terus kerja.

Amanah dan tanggungjawab tidak peduli kita sedang dipuji atau dicaci. Amanah cuma mahu ditunaikan.

Saya tulis ini bukan untuk suruh semua orang suka PMX. Politik, kita boleh berbeza.

Tetapi saya belajar satu perkara juga, jangan kerana kita tidak suka seseorang, kita hilang keadilan untuk mengakui kebaikannya.

Saya masih belajar. Kalau penat, rehat. Lepas itu bangun. Buat kerja. Sebab akhirnya, jawatan akan selesai. Hari ini orang puji. Esok orang kutuk. Lusa mungkin nama kita pun orang sudah lupa. Jawatan ini akan bertukar penyandang. Dan ketika itu, bukan netizen yang menentukan nilai amanah kita. Allah yang akan menilai.

Yang memegang amanah akan ditanya tentang amanahnya. Dan kita yang hari-hari sibuk menilai orang lain pun patut merasa takut dan berhati-hati, sebab ketika kita sedang menilai orang, Allah juga sedang menilai kita.

Jadi saya belajar untuk kurangkan melihat siapa yang sedang bercakap. Tengok apa yang masih belum selesai. TERUS KERJA.

Sebab akhirnya kita semua akan menghadap Allah. Bukan membawa berapa banyak pujian yang kita dapat. Bukan juga berapa banyak hujah yang kita menang di ruangan komen.

Kita akan membawa apa yang kita sendiri sudah lakukan dengan umur, masa dan Amanah yang Allah pinjamkam ini.

Yang itu.. saya gerun  Semoga semua yang kita usahakan ada nilai di sisi Allah  Termasuk apa yang kita komen, taip dan kongsikan  Semoga kita terus memahami makna di sebalik MADANI.

Kerana MADANI bukan sekadar nama. Ia membawa cita-cita sebuah masyarakat beradab, seperti Madinah yang dibina dengan amanah, keadilan dan kasih sesama manusia. Dan semuanya bermula daripada kita. Sayang semua kerana Allah,

***Penulis adalah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan penulisan ini dipetik daripada Facebook beliau

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA KINABALU – Sebanyak 202 rumah terjejas manakala 134 mangsa daripada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kebakaran besar membabitkan perkampungan atas air…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

  • By Ezmie
  • August 30, 2026
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM