Maritim gagalkan cubaan seludup lebih 10,000 liter minyak petrol melalui perairan Kudat

KUDAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak petrol berjumlah lebih 10,000 liter di perairan Kudat untuk di bawa ke Filipina di sini, pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar menerusi kenyataan media berkata, nilai rampasan keseluruhan termasuk bot yang digunakan, dianggarkan lebih kurang RM70 ribu.

“Hasil pemeriksaan menemui kira-kira 51 tong dram berwarna biru berisi minyak petrol dianggarkan lebih 10,000 liter.

“Setibanya di lokasi iaitu lebih kurang 1.1 batu nautika barat laut Tanjung Meniagit, Kudat, dua buah bot mencurigakan dikesan sedang bergerak perlahan dalam gelap.

“Semasa cuba untuk mendekati bot suspek, kedua-dua bot tersebut bertindak memecut laju menuju ke kawasan cetek paya bakau berhampiran.

“Manakala beberapa indidvidu terlibat bertindak terjun dan melarikan diri di kawasan paya bakau berdekatan.

“Dua bot suspek yang ditinggalkan berjaya ditahan untuk pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan media.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang dokumen atau permit sah dibawa kedua-dua bot terbabit.

Bot serta barang rampasan kemudiannya dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa permit sah.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang