Kad pengenalan palsu Malaysia cecah RM5,000 – KDN

PERMINTAAN kad pengenalan palsu semakin mendapat permintaan tinggi daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sanggup membelinya meskipun harga mencecah ribuan ringgit.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah mendedahkan di Dewan Rakyat hari ini, hasil risikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati sekeping kad pengenalan palsu boleh dijual sehingga RM5,000 oleh sindiket penjualan.

“Terdapat penawaran kad pengenalan palsu dibuat dengan harga sekitar RM4,000 hingga RM5,000,” katanya.

Shamsul Anuar berkata demikian menjawab soalan lisan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang ingin KDN menyatakan sejauh manakah langkah pemantauan serta tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap sindiket pemalsuan kad pengenalan.

Menjelaskan mengenainya, beliau berkata, kebanyakan permintaan kad pengenalan palsu itu datangnya daripada warga asing yang ingin mendapatkan pekerjaan ataupun menetap di negara ini secara tidak sah.

“Berdasarkan hasil risikan tersebut, JPN giat menjalankan pemantauan dan melaksanakan kerjasama dengan pihak penguatkuasaan seperti PDRM dan MCMC,” katanya.

Pada masa sama, Shamsul Nasarah berkata, kerajaan dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan struktur baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada yang dikeluarkan kepada rakyat sejak 2012.

Penggantian kad pengenalan struktur baharu ini bagi memastikan kad pengenalan dikeluarkan JPN mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, selamat dan dipertingkatkan selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini.

“Tujuannya untuk memastikan dokumen pengenalan diri itu lebih sukar dipalsukan serta menjaga keselamatan dan kedaulatan negara dari sindiket pemalsuan ini,” katanya.

Related Posts

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak