
BAGI golongan belia dan individu daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang masih belum memiliki lesen memandu motosikal, program MyLesen B2 JPJ 2025 merupakan peluang terbaik untuk mendapatkan lesen secara percuma. Inisiatif ini diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membantu rakyat Malaysia, khususnya mereka yang memerlukan, memperoleh lesen Kelas B2 tanpa perlu menanggung kos tinggi. Dengan kemudahan ini, lebih ramai individu dapat memiliki lesen secara sah, sekali gus meningkatkan keselamatan di jalan raya dan mengurangkan jumlah penunggang tanpa lesen.
Bagaimana cara untuk memohon? Apakah syarat kelayakan? Berikut adalah informasi lengkap mengenai program MyLesen B2 JPJ 2025 yang perlu anda tahu.
Pengenalan
Program MyLesen B2 Tahun 2025 adalah satu inisiatif kerajaan bagi memperkasa penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh kerajaan.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaik taraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.
Program MyLesen B2 untuk tahun ini juga diperluaskan di institusi pendidikan dalam usaha membantu pelajar dan belia yang kurang berkemampuan mendapatkan lesen.
Pihak JPJ akan bekerjasama dengan pihak berkaitan terutama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam merealisasikan program tersebut.
Syarat permohonan program MyLesen B2 Tahun 2025
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta merupakan pelajar sekolah/institut pengajian tinggi/golongan belia
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan
- Sihat fizikal dan mental
- Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi kerajaan, badan swasta atau institusi kewangan semasa mengemukakan permohonan.

Cara memohon MyLesen B2 JPJ 2025
Proses permohonan untuk MyLesen B2 JPJ 2025 adalah sangat mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian.
Anda hanya perlu melayari laman web rasmi JPJ dan mengisi borang permohonan yang disediakan.
Pastikan anda menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
JPJ akan mengatur jadual latihan anda dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.
Borang pendaftaran


Permohonan MyLesen B2 2025 mengikut negeri
Melaka:
Program MyLesen B2 Tahun 2025
- Terhad 25 orang setiap DUN.
- Sebelum mohon, semak dan pastikan syarat yang perlu dipenuhi.
- Jika memenuhi syarat, muat turut borang dan lengkapkan.
- Borang yang lengkap boleh hantar ke Japerun Duyong segera.

Perlis:
- Kuota 800 peserta sahaja.
- Untuk memohon, sila imbas kod QR dan cetak borang permohonan.

NOTA: Terdapat beberapa negeri lain belum lagi membuka permohonan rasmi MyLesen B2 2025 dan akan dikemas kini kelak.
Info tambahan
- Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
Tarikh tutup
Program akan dijangka akan berlangsung dari Februari hingga Oktober 2025 seperti tahun lalu. Walaubagaimanapun, pengumuman rasmi belum lagi dibuat. Biasanya pendaftaran akan dibuka sehingga kuota yang ditetapkan penuh.
Jumlah kuota yang ditetapkan belum lagi diumukan secara rasmi oleh JPJ dan akan dikemas kini kelak. Setakat ini, setiap negeri mempunyai kuota berbeza-beza. Contohnya negeri Melaka hanya 25 orang setiap DUN, perlis 800 orang dan lain-lain.
Soalan lazim (FAQ)
Apakah Program My Lesen B2 Tahun 2025?
Program MyLesen B2 adalah satu inisiatif kerajaan bagi memperkasa penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai Program My Lesen B2 Tahun 2025?
Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program My Lesen B2 Tahun 2025?
Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)
Dimanakah calon boleh membuat pendaftaran bagi Program My Lesen B2 Tahun 2025?
Pendaftaran peserta boleh dibuat melalui pautan atau Kod QR [akan dikemas kini kelak setelah pengumuman rasmi oleh JPJ]
Apakah syarat kelayakan peserta bagi permohonan Program MyLesen B2 Tahun
2025?
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 16 Tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
3. Peserta merupakan pelajar sekolah/institut pengajian tinggi/golongan belia
4. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan
5. Sihat fizikal dan mental
6. Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
7. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi kerajaan, badan swasta atau institusi kewangan semasa mengemukakan permohonan.
Berapakah kos bayaran bagi Program MyLesen B2 Tahun 2024?
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program My Lesen B2 Tahun 2025?
Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:
1. Kursus Teori (KPP01) – 6 jam
2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 jam
3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 jam
4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 jam
5. Pra Ujian (QTI) – 30 minit
6. Ujian JPJ
Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?
Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja. Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi terhampir dengan pilihan peserta.
Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atau dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?
Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain. Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat Program yang ditetapkan
melalui satu (1) Surat Aku Janji bagi memastikan komitmen peserta terhadap Program yang dilaksanakan.
Adakah kos-kos lain yang tidak termasuk di dalam pakej yuran Program MyLesen B2 Tahun 2024 akan turut ditanggung oleh pihak kerajaan?
Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak kerajaan.
Apakah yang menyebabkan peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2025?
Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program sebelum tempoh yang telah ditetapkan iaitu November 2025.
Bilakah tarikh tutup penyertaan bagi Program My Lesen B2 Tahun 2025?
Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi. Jumlah kuota akan dikemas kini kelak.
Adakah peserta perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2025?
Tidak. Namun peserta perlu membuat pengesahan kesihatan kendiri melalui Borang Perakuan Kesihatan Calon yang telah disediakan.
Adakah Orang Kurang Upaya (OKU) dibenarkan untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2025?
OKU yang dibenarkan adalah bagi kategori yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan sahaja seperti yang berikut:
a) Pendengaran;
b) Pertuturan; atau
c) Pembelajaran.
dengan mendapat pengesahan pegawai perubatan yang bertauliah (Borang Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Memandu Orang Kurang Upaya).
Sekiranya terdapat sebarang persoalan berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 ini, apakah sumber yang boleh dirujuk?
Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2025 boleh dikemukakan kepada mylesenb2@jpj.gov.my atau 03 – 8892 8714/8693.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di alamat emel: mylesenb2@jpj.gov.my atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.
- Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- X: JPJ_Malaysia
- Instagram: JPJMalaysia
- Youtube: JPJMalaysia
- Telegram: JPJ_Malaysia
DAFTAR SEKARANG!!







