Bomba bantu angkat jenazah remaja lelaki berat 200kg

PARIT BUNTAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak membantu mengangkat jenazah remaja lelaki seberat lebih 200 kilogram bagi diuruskan pihak polis di sebuah rumah di aras satu Kuaters Pendidikan Parit Buntar, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, khidmat jentera unit beruniform digunakan ekoran jenazah berusia 19 tahun itu mengalami masalah obesiti.

Ujarnya, pihak bomba menerima maklumat daripada pihak polis berhubung kejadian itu pada jam 9.56 malam.

“Sehubungan itu, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar digerakkan ke lokasi.

“Pihak polis memerlukan bantuan pihak bomba untuk mengangkat jenazah keluar dari rumah bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, pasukan bomba telah melaksanakan ‘size-up’ dan membantu mengangkat jenazah bersama ahli keluarga.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) itu tamat pada jam 10.32 malam.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor