Qari Aiman Ridhwan, Qariah Norhazira Nabila johan Tilawah Al-Quran Negeri Perak

IPOH – Qari Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dan Qariah Norhazira Nabila Mohammad Kamel dinobatkan johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Perak 1446 H /2025 M yang berlangsung pada malam Rabu , di Pusat Konvensyen Casuarina, Bandar Meru Raya, di sini.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10, 000 beserta pakej menunaikan umrah bernilai RM10,000 beserta plak.

Aiman Ridhwan, pernah dinobatkan sebagai qari Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2022, sementara Norhazira Nabila pula menduduki naib johan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri pada tahun 2024.

Qari dan qariah bakal mewakili Perak ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) yang bakal diadakan di Negeri Perlis pada 27 April hingga 2 Mei nanti.

Bagi kategori qari, naib juara dan tempat ketiga disandang Mohd Sahran Termizi dan Amir Naufal Rifqi Mohd Rashid.

Manakala bagi kategori qariah, naib juara dan tempat ketiga masing-masing disandang Puteri Kalimatul Azzua Hamid dan Nur Syahura Saiful ‘Adli.

Mereka membawa pulang wang tunai bernilai RM7,000 dan plak bagi naib juara dan RM5,000 beserta plak bagi tempat ketiga.

Sementara itu, johan hafazan kategori 1 hingga 30 juzuk, disandang Mohd Adib Ahmad Rozaini bagi kategori lelaki dan Siti Sarah Muhammad Hanif untuk kategori perempuan.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka menerima hadiah wang tunai RM10,000, pakej menunaikan umrah bernilai RM10,000 dan plak.

Manakala pemenang hafazan kategori 1 hingga 20 juzuk bagi lelaki dan perempuan milik Danish Farhan Abdul Razak dan Nurhamizah Mohd Shafawi.

Mereka membawa pulang wang tunai RM6,000 dan sijil.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah, di sini malam tadi.

Turut berangkat ke majlis, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Sementara itu, Saarani dalam hantaran Facebook berkata, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua para pemenang dan peserta.

Ujarnya, semoga majlis tersebut mampu menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam melahirkan lebih ramai generasi Al-Quran yang cemerlang khususnya buat Negeri Perak.

Acara yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa, disertai lapan individu bagi kategori tilawah sementara 24 peserta bagi kategori hafazan.

Related Posts

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu