58 murid SK Selakan, SK Pulau Omadal terima kit Back To School ESSCOM

SEMPORNA – Seramai 58 asnaf yang juga murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Selakan dan SK Pulau Omadal menerima bantuan kit ‘Back To School’ dari Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Dr. Jamaluddin Mohd. Ali berkata, kit berkenaan mengandungi beg, set pakaian sekolah, alat tulis dan set kebersihan diri.

“Kita maklum bahawa tidak semua lahir dalam keadaan bertuah, oleh itu saya dan Komander ESSCOM meneruskan program ini di ESSZone dengan mesej kegembiraan agar anak-anak kita bersemangat kembali ke sekolah.

“Terdapat juga penerima baharu memasuki alam persekolahan dan biarlah program ini menjadi kenangan manis buat anak-anak terlibat dan seterusnya belajar dengan bersungguh-sungguh kerana hanya melalui pendidikan dapat mengubah kehidupan kepada yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Menurut Jamaluddin, penganjuran program itu sejajar dengan tekad Kerajaan MADANI yang mengutamakan nilai Ihsan dalam Perkhidmatan Awam bagi membela kebajikan rakyat miskin dan mereka yang memerlukan secara berterusan selain mengurangkan dampak peningkatan kos sara hidup.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar penduduk kampung sentiasa membantu pasukan keselamatan memelihara ketenteraman awam dengan menyalurkan maklumat berkaitan insiden keselamatan di lokaliti masing-masing.

Related Posts

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot fiber yang membawa lapan penumpang ke Pulau Langkawi tanpa kebenaran di perairan Kuala Perlis, lewat petang semalam. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

KUCHING – Sarawak mewajibkan Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) melapor terus ke Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) tanpa campur tangan ketua jabatan bagi menjamin ketelusan pentadbiran awam. Setiausaha Kerajaan Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit