Derma jihad pertahan fitnah MP Pas lebih utama ketimbang jihad Palestin?

ISU kutipan derma pembayaran saman fitnah Ahli Parlimen Kepala Batas yang dilancarkan oleh oleh Pas atas nama jihad menpertahankan kerusi Parlimen milik Pas terus menimbulkan pelbagai tanda tanya dan lawak politik yang mencuit hati masyarakat

Mursyidul Am Pas dengan yakinnya mengeluarkan fatwa bahawa derma untuk membayar saman fitnah berjumlah RM830,000 itu adalah jihad yang paling utama.

Pihak netizen yang sinis pula menularkan gambar jumlah derma bagi pembangunan Palestin daripada Pas Kelantan hanya berjumlah RM146,295.

Pas yang selalu mencanangkan bahawa mereka adalah legasi perjuangan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin, maka gegak gempita lah ulama-ulama Pas mempotretkan imej gerakan Islam Pas sehingga menganggap gerakan Islam lain sebagai tidak syarie dan ada hingga mengkafirkan satu sama lain.

Untuk rekod, Ikhwanul Muslimin sentiasa meletakkan perjuangan membebaskan Palestin sebagai jihad mereka yang paling utama.

Tetapi Pas sudah jadi terbalik, jihad mempertahankan fitnah pula yang menjadi keutamaan, lihat sajalah perbezaan jumlah kutipan derma pembangunan Palestin dan jumlah derma jihad membayar saman fitnah Dr Siti Mastura Muhammad, MP Kepala Batas itu.

Persoalannya adakah betul Pas legasi perjuangan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin atau gerakan Islam yang telah terkeliru antara jihad Palestin dengan mempertahankan fitnah?

Pas sememangnya terkenal dengan sikap memberi dalil yang sentiasa menguntungkan pihak mereka, sampaikan fitnah pun dapat dihalalkan dengan dalil Pas.

Persoalan yang timbul sekarang, adakah Pas ini gerakan Islam atau gerakan membuat dalil?

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian