85 peratus sistem air, kumbahan Gaza musnah

RAMALLAH – Pencerobohan Israel telah memusnahkan 85 peratus kemudahan air dan kumbahan di Semenanjung Gaza, menurut Pihak Berkuasa Air Palestin (PWA).

Akibat kemusnahan besar dalam sektor ini, PWA menegaskan bahawa Semenanjung Gaza kini berdepan krisis air minuman yang kritikal, selain ancaman segera akibat kerosakan loji rawatan kumbahan.

Kerosakan ini menyebabkan air kumbahan melimpah ke kawasan kediaman dan menyebarkan wabak dalam kalangan penduduk.

PWA membuat pengumuman ini dalam mesyuarat ‘Thematic Cluster on Water’ di bandar Ramallah, Tebing Barat yang diduduki.

Ketika berucap dalam mesyuarat tersebut, ketua Thematic Cluster on Water, Marwan Bardawil, menyatakan bahawa penjajahan Israel telah menyebabkan sektor air mengalami kerugian lebih daripada $1 bilion.

Beliau turut menjelaskan bahawa sebelum serangan ketenteraan Israel bermula pada Oktober 2023, PWA telah berjaya menjadikan Gaza daripada kawasan yang tidak boleh didiami kepada kawasan yang mempunyai akses kepada air minuman bersih.

Bardawil menambah bahawa PWA telah melaksanakan pelbagai usaha kecemasan, termasuk membekalkan air ke seluruh Semenanjung Gaza, membaik pulih sistem bekalan air, dan mengendalikan telaga air dengan segala sumber yang ada.

Dalam fasa tindak balas kecemasan, beberapa langkah segera diperlukan, antaranya pembekalan unit penyahgaraman air berkuasa solar dengan kapasiti antara 20 hingga 500 meter padu sehari, lapor Agensi WAFA.

Related Posts

Australia denda rakyat gagal mengundi

CANBERRA – Lebih 200,000 rakyat Australia yang gagal menunaikan kewajipan mengundi pada pilihan raya umum 2025 membayar denda, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Australia (AEC), lapor Xinhua. AEC memaklumkan kepada Australian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

SEOUL – Seorang rakyat Malaysia maut selepas dipercayai ditikam dalam pergaduhan berkumpulan membabitkan kira-kira 10 warga asing di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, awal pagi Ahad. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan