Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat dan dua hari bekerja dari rumah (BDR) atau lokasi alternatif.

Pelaksanaan dasar itu menandakan perubahan daripada amalan bekerja sepenuh masa di pejabat kepada sistem kerja fleksibel yang menggabungkan kehadiran fizikal dan tugasan secara jarak jauh, selaras dengan agenda reformasi perkhidmatan awam.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata, HBH merupakan pendekatan yang bersifat kalis masa hadapan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kekal cekap dan berkesan dalam menghadapi perubahan persekitaran kerja global tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

“Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan HBH, bagi negeri yang cuti hujung minggunya pada Ahad, penjawat awam diwajibkan hadir ke pejabat pada hari Isnin dan Jumaat, manakala satu lagi hari kehadiran fizikal akan ditentukan oleh Ketua Jabatan.

“Bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu pula, hari wajib berada di pejabat ialah Ahad dan Khamis, dengan baki dua hari diperuntukkan untuk bekerja dari rumah atau lokasi alternatif mengikut kesesuaian tugas,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPA, pegawai yang layak tidak lagi perlu mengemukakan permohonan untuk bekerja secara hibrid kerana kaedah itu kini menjadi sebahagian daripada pengaturan kerja tetap, tertakluk kepada kelulusan dan penilaian Ketua Jabatan.

“Ketua Jabatan juga diberi kuasa menentukan kelayakan pegawai, termasuk mengarahkan mereka hadir ke pejabat pada hari yang dijadualkan bekerja dari rumah sekiranya diperlukan demi kepentingan perkhidmatan, selain boleh menarik balik kelayakan sekiranya syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi.

“Bagaimanapun, pelaksanaan HBH tidak melibatkan sektor perkhidmatan kritikal yang memerlukan kehadiran fizikal sepenuhnya seperti petugas kaunter, pasukan keselamatan, pertahanan, penguatkuasaan, pendidikan, kesihatan serta institusi kehakiman,” ujar kenyataan itu lagi.

Bagi memastikan produktiviti dan keberkesanan pelaksanaan dasar itu, prestasi kerja serta kehadiran pegawai akan dipantau menerusi sistem SPOT-Me. Pegawai turut diwajibkan mematuhi Akta Rahsia Rasmi 1972, sentiasa boleh dihubungi sepanjang waktu bekerja dan bersedia hadir ke pejabat sekiranya diarahkan.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK