Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus mencatat pertumbuhan kukuh pada separuh kedua tahun ini, disokong pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, antara faktor yang dijangka menyokong momentum pertumbuhan ialah jaminan kerajaan untuk memastikan bekalan minyak negara kekal stabil sehingga penghujung tahun.

“Kita mengharapkan prestasi yang lebih baik pada separuh kedua tahun ini. Pada masa sama, kita perlu sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh memberi kesan kepada ekonomi,” katanya, seperti dipetik berita tempatan pada Sabtu.

Akmal Nasrullah berkata, Malaysia juga perlu terus berwaspada terhadap perkembangan geopolitik di Asia Barat, khususnya ketegangan di Selat Hormuz yang masih berpotensi memberi tekanan kepada bekalan minyak global.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ekonomi negara berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2026 berbanding 5.4 peratus pada suku pertama, dipacu prestasi lebih baik sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Bagi tempoh separuh pertama tahun ini pula, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.6 peratus berbanding 4.5 peratus dalam tempoh sama tahun lalu, disokong pemulihan sektor perlombongan dan pengkuarian serta pertumbuhan berterusan sektor pembinaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata penganjuran Formula 1 (F1) di Malaysia dijangka memberi rangsangan kepada ekonomi negara, terutama dalam sektor pelancongan dan perniagaan tempatan.

Katanya, acara sukan bertaraf antarabangsa itu bukan sahaja berpotensi menarik lebih ramai pelancong asing, malah mampu menjana kesan limpahan ekonomi melalui peningkatan perbelanjaan dalam negara.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menegaskan bahawa manfaat penganjuran acara besar seperti ini perlu dirasai secara menyeluruh, termasuk oleh peniaga kecil dan perusahaan tempatan, bukan hanya dinikmati oleh segmen tertentu,” katanya.

Pada 26 Julai lalu, Formula 1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix (GP Bahrain) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober depan menerusi kerjasama antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana