Australia denda rakyat gagal mengundi

CANBERRA – Lebih 200,000 rakyat Australia yang gagal menunaikan kewajipan mengundi pada pilihan raya umum 2025 membayar denda, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Australia (AEC), lapor Xinhua.

AEC memaklumkan kepada Australian Broadcasting Corporation hari ini bahawa pihaknya mengeluarkan notis kegagalan mengundi kepada kira-kira 1.3 juta individu berhubung pilihan raya 2025.

Daripada jumlah itu, seramai 207,000 individu membayar denda pentadbiran sebanyak A$20 (AS$13.90) setakat Mei, membabitkan jumlah kutipan mencecah A$4.14 juta (AS$2.9 juta).

Menurut AEC, seramai 250,000 individu lagi mengemukakan alasan yang sah dan munasabah kerana tidak mengundi, manakala 710,000 individu lagi yang gagal memberi maklum balas terhadap notis berkenaan sebelum tarikh akhir bakal berdepan denda sehingga A$330 (AS$229.50) sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

“Seperti semua perkara yang melibatkan tindakan undang-undang, kami akan mempertimbangkan beberapa faktor sebelum memulakan sebarang tindakan,” menurut AEC.

Mengundi dalam pilihan raya adalah wajib bagi semua warganegara Australia berumur 18 tahun ke atas.

AEC menganggarkan kadar keluar mengundi pada pilihan raya 2025 adalah sebanyak 90.7 peratus, meningkat sedikit berbanding 89.8 peratus pada 2022.

Related Posts

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

JAKARTA – Beberapa gunung berapi di Indonesia meletus pada Jumaat, dengan Gunung Ili Lewotolok paling aktif merekodkan enam letusan. Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Ili Lewotolok di Nusa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan