Kementerian Kesihatan Palestin rayu Dr Hussam Abu Safia dibebaskan segera

GAZA – Kementerian Kesihatan Palestin merayu pembebasan segera Dr Hussam Abu Safia dan semua petugas perubatan yang ditahan dalam tahanan Israel.

Kementerian itu sekali lagi merayu kepada semua organisasi kesihatan dan kemanusiaan antarabangsa serta institusi hak asasi manusia untuk segera campur tangan bagi membebaskan mereka tanpa berlengah.

Dalam satu kenyataan, kementerian menegaskan bahawa Dr. Abu Safia dan rakan-rakannya daripada pasukan perubatan diperlakukan dengan kejam dan ditindas di dalam penjara penjajah, berdasarkan keterangan daripada peguam Pusat Hak Asasi Manusia Al Mezan yang berjaya menemuinya pada Selasa di Penjara Ofer.

“Menurut kenyataan Dr. Abu Safia kepada peguam pusat tersebut, beliau telah kehilangan kira-kira 15 kilogram berat badan, mengalami pembesaran otot jantung, dan tidak dibawa berjumpa doktor pakar atau diberikan rawatan, walaupun telah berulang kali meminta pihak penjara untuk berbuat demikian,” katanya.

Pada awal penahanannya dan ketika dipindahkan dari Semenanjung Gaza, beliau dipaksa menanggalkan pakaian, tangannya diikat, dan dipaksa duduk di atas batu-batu tajam selama kira-kira lima jam.

Dr Husam Abu Safia turut dihukum kejam dengan renjatan elektrik dan dipukul di bahagian dada selain ditahan dalam sel selama 25 hari di Penjara Ofer, termasuk 10 hari pertama di mana beliau menjalani sesi soal siasat hampir tanpa henti, sehingga menyebabkan beliau pengsan di dalam sel akibat sesak nafas.

Dr. Abu Safia menegaskan bahawa beliau hanyalah seorang doktor yang memberikan rawatan kepada pesakit dan mangsa yang cedera, selain memegang jawatan sebagai pengarah Hospital Kamal Adwan.

Kementerian Kesihatan mengecam serangan berulang terhadap petugas perubatan, yang merupakan pelanggaran serius terhadap peruntukan undang-undang antarabangsa dan peraturan perlindungan yang ditetapkan, seperti yang termaktub dalam Protokol Kedua yang dilampirkan kepada Konvensyen Geneva Keempat.

Kementerian menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan bagi membebaskan semua petugas perubatan Palestin yang ditahan.

Kementerian itu turut menyatakan bahawa pihak penjajah telah menahan Dr. Abu Safia pada 27 Disember 2024 di Hospital Kamal Adwan, bersama ramai pekerja, doktor, dan orang awam lain.

Para tahanan dilaporkan menghadapi keadaan penahanan yang sangat sukar akibat layanan buruk pihak penjajah di dalam penjara, lapor Agensi WAFA.

Related Posts

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi yang mengorbankan nyawa orang awam dan menyebabkan ratusan lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

SURAT THANI – Ratu Thailand, Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana membuktikan baginda berada dalam kelas tersendiri apabila melakar sejarah dunia menjadi ratu pemerintah pertama yang berjaya menerbangkan jet pejuang supersonik secara solo.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nik Abduh bela Eric See-To, mana ketegasan Pas soal al-Quran?

Nik Abduh bela Eric See-To, mana ketegasan Pas soal al-Quran?

Barcola buktikan kehebatan, bantu Liverpool kenduri gol

Barcola buktikan kehebatan, bantu Liverpool kenduri gol

60 penerbangan pembenihan awan dilaksana, rekod 90 peratus kejayaan

60 penerbangan pembenihan awan dilaksana, rekod 90 peratus kejayaan

Syarat simpanan RM15,000 bukan bebanan, ukur kesiapsiagaan jemaah haji

Syarat simpanan RM15,000 bukan bebanan, ukur kesiapsiagaan jemaah haji

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi