Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

KLANG – Seekor anjing yang menjadi perbalahan antara sekumpulan lelaki dengan seorang penduduk yang mahu melepaskan haiwan itu selepas ditangkap dalam operasi menangkap anjing liar di Kampung Teluk Gedung Indah dekat sini pada Rabu malam lalu, disahkan telah mati.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, haiwan tersebut telah dihantar ke Ibu Pejabat Veterinar Selangor untuk dibedah siasat.

Sehubungan itu, katanya, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan membunuh haiwan yang boleh dihukum penjara sampai tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Insiden itu menjadi viral di mana sekumpulan lelaki telah mengikat dan menarik seekor anjing sambil dirayu seorang penduduk untuk melepaskan haiwan itu.

“Kejadian tersebut berlaku pada pukul 10.30 malam pada malam Rabu lalu di hadapan sebuah rumah di Taman Teluk Gedung Indah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Jit Huey, ketika kejadian berkenaan, pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bersama penduduk sedang mengadakan gotong-royong menangkap anjing liar di kawasan terbabit.

“Orang awam dinasihat tidak menularkan video yang memaparkan kejadian itu di media sosial supaya tidak mendatangkan kegusaran kepada masyarakat setempat,” ujarnya.

Dalam pada itu, MBDK menyatakan, seramai 80 orang termasuk kakitangannya dan penduduk telah turut serta bagi menjayakan operasi itu susulan aduan daripada penduduk setempat berkaitan anjing liar.

“Operasi yang bermula sekitar jam 9.30 malam itu berakhir pada 11.30 malam,  dengan anggaran sembilan ekor anjing liar,” katanya menerusi Facebook.

Menurut MBDK menangkap anjing liar bukan tugas yang mudah. Haiwan berkenaan mempunyai naluri yang tinggi terhadap bahaya danakan segera melarikan diri apabila menyedari kehadiran pasukan operasi. 

“Selain berdepan cabaran tersebut, petugas MBDK juga kadang kala terpaksa menghadapi tekanan daripada segelintir penduduk yang cuba menghalang tindakan mereka.

“Berlaku sedikit kekecohan apabila beberapa individu  menegur keras dan menghalang petugas MBDK,” ujarnya.

Tambahnya, MBDK berharap semoga usaha menangkap anjir liar turut mendapat sokongan semua pihak dalam memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan pada penduduk terus terpelihara.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX