Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

KOTA KINABALU – Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin ini dijangka menyentuh isu pembayaran 40 peratus kepada Sabah, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Menurut Masidi, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sedang giat berunding bagi memastikan peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dibayar pada tahun ini.

“Kita ada mesyuarat pada 3 Ogos ini di bawah MA63 dan saya yakin isu mengenai pembayaran 40 peratus itu akan disentuh.

“Cuma setakat ini, sukacita saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sedang giat berunding untuk memastikan peruntukan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat dibayar pada tahun inilah.

And we believe it will be paid this year,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2026 di Menara Kinabalu, di sini, pada Sabtu.

Masidi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status geran khas yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini serta perkembangan rundingan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, geran khas yang diumumkan Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan