Daerah Baling catat suhu panas tiga hari berturut-turut

ALOR SETAR- Daerah Baling berdepan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) apabila mencatatkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, situasi cuaca panas dan kering yang dialami pada ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku setiap tahun bermula pada Februari hingga Mei.

Beliau berkata, dalam tempoh ini, catatan suhu harian tertinggi boleh melebihi 35 darjah celsius pada awal petang.

“Bacaan suhu tertinggi yang dicatat di stesen-stesen Meteorologi seluruh negara semalam adalah 36.1 darjah celsius yang direkod di Felda Teloi Kanan, Baling.

“Gelombang haba dan jerebu setempat juga berpotensi berlaku dalam tempoh ini namun begitu, keadaan ini diramal tidak seteruk tahun lalu disebabkan pengaruh La Nina lemah yang sedang berlaku sekarang. Ia dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Khalil turut menasihatkan orang ramai supaya minum air secukupnya, kurangkan aktiviti luar, jangan lakukan pembakaran terbuka dan patuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa.

Beliau berkata, dalam keadaan cuaca panas dan kering, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air serta mengelakkan sebarang pembakaran terbuka.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melalui kenyataannya menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah celsius di kebanyakan tempat di utara Semenanjung sepanjang tempoh ramalan tujuh hari ke hadapan.

Orang ramai disarankan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial METMalaysia.

Related Posts

Steven Sim kongsi pengalaman dengan Tok Ayah, tokoh ulama P.Pinang

GEORGE TOWN – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkongsi pengalaman beliau menyantuni seorang tokoh ulama di Pulau Pinang ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Turun padang perlu konsisten, bukan semasa berjawatan – Yun Fah

LAHAD DATU – Usaha mendekati rakyat tidak seharusnya bergantung kepada jawatan atau kedudukan, sebaliknya perlu dilakukan secara konsisten untuk memahami keperluan mereka. Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR tangguh kongres tahunan, fokus hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

PKR tangguh kongres tahunan, fokus hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

Steven Sim kongsi pengalaman dengan Tok Ayah, tokoh ulama P.Pinang

Steven Sim kongsi pengalaman dengan Tok Ayah, tokoh ulama P.Pinang

Turun padang perlu konsisten, bukan semasa berjawatan – Yun Fah

Turun padang perlu konsisten, bukan semasa berjawatan – Yun Fah

Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import